00:00Lebih dua dekad dimuterai perjanjian ASEAN mengenai pencemaran jerebu merantah sempadan AATHP
00:07dilihat terus menyepi tanpa taring penguatkuasaan, meninggalkan jutaan rakyat di rantau ini
00:13terperangkap dalam kemelut jerebu berpanjangan.
00:17Ketua Penyelidik Unit Undang-Undang Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia,
00:21Prof. Madia Dr. Mohd Hazmi Rusli berkata,
00:24kelemahan utama AATHP bukan pada kerangka undang-undang tetapi keterbatasan kuasa untuk menghukum negara punca.
00:35Menurut Hazmi, Undang-Undang Antarabangsa bersifat mendatar bukan menegak seperti Undang-Undang Domestik
00:42bermakna tiada kuasa besar atau mahkamah dunia yang boleh memaksa sebuah negara berdaulat
00:49untuk tunduk kepada hukuman tanpa persetujuan.
00:53Kita tidak boleh untuk mengambil tindakan kepada mana-mana negara
00:57dan tidak ada mahkamah yang boleh jatuhkan hukuman kepada mana-mana negara.
01:02Pemimpin negara boleh tapi mana-mana negara itu tak.
01:06Jadi disebabkan negara memiliki kedaulatan.
01:10Jadi konsep kedaulatan ini maksudnya negara tidak boleh dipaksa untuk menerima sesuatu yang dia tidak mahu.
01:15Sebagai contohlah, katakanlah banyak pihak yang mengatakan kita harus bawa pergi ICJ,
01:20bawa pergi timbang tara itu, bawa pergi timbang tara ini dan sebagainya.
01:24Kalau Indonesia atau mana-mana negara yang terlibat tidak mahu pergi,
01:28tidak mahu ikut serta menjadi parti di dalam mana-mana timbang tara antarabangsa
01:33atau proceeding mahkamah antarabangsa itu, tidak ada apa yang akan berlaku.
01:38Tidak boleh dipaksa.
01:38Beliau turut menyentuh artikel 27 dalam perjanjian AATHP
01:44yang hanya menekankan kaedah rundingan sebagai jalan penyelesaian terbaik.
01:50Negosiasi saya rasa sudah dijalankan.
01:52Kalau tak salah saya, negara kita sudah pun bertanyakan kepada pihak sebelah sana
01:57untuk melakukan sesuatu tindakan iaitu membantu membandamkan api
02:01tapi apa yang saya faham belum ada respon.
02:03Jadi ini maksud saya, undang-undang itu ada membandangkan kita untuk
02:08berinteraksi dengan pihak yang mana kebakaran itu berlaku
02:11tapi tindakan susulan itu bagaimana?
02:13Tindakan susulan itu yang sekarang ini yang tak dapat dijalankan dengan baik.