00:00Perkembangan kecerdasan buatan ataupun AI, pendigitalan dan juga otomasi telah mengubah landscape pasaran buruh dan menyebabkan peralihan daripada kebergantungan terhadap
00:12kekuatan fizikal dan kerja manual semata-mata kepada kemahiran analitikal, kognitif serta kelincahan digital.
00:21Perkembangan ini tidak dilihat sebagai satu ancaman tetapi merupakan peluang untuk menstruktur semula ekonomi dan juga untuk kita mencapai sasaran
00:32negara berpendapatan tinggi dengan tumpuan diberikan kepada ekonomi yang berteraskan penciptaan nilai, terutamanya industri yang mempunyai pertumbuhan dan nilai yang
00:42tinggi ataupun HGHV serta sektor strategik berimpak tinggi.
00:47Hal ini akan membolehkan penciptaan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran seperti mana yang kita gariskan dalam Rancangan Malaysia ke-13
00:55untuk kita tingkatkan komposisi pekerja mahir daripada jumlah tenaga kerja kepada 35% menjelang tahun 2030.
01:05Pada tahun 2025, komposisi pekerja mahir adalah pada paras 30.1%, manakala 57% pekerjaan adalah separuh mahir dan juga
01:1712.9% adalah berkemahiran rendah.
01:20Pembangunan dasar jangka sederhana dan panjang sama ada yang berbentuk makro ataupun sektoral telah mengambil kira atau juga memperincikan keperluan
01:30bakat dalam kita menghadapi perkembangan teknologi terkini.
01:34Contohnya, selain daripada RMK ke-13, pelan industri, indok perindustrian baharu ataupun NIRP 2030, pelan hala tuju, peralihan tenaga negara
01:46ataupun NETA dan juga strategi semikondukter nasional dan juga pelan tindakan Malaysia Digital 2030.
01:52terima kasih kerana menonton!
01:53Terima kasih kerana menonton!