Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Firma penyelidikan MBSB Research berkata, harga ubat-ubatan di Malaysia berupaya meningkat sehingga 50% sekiranya perang antara Amerika Syarikat dan Iran berlarutan melebihi enam bulan.
Transcript
00:00Anda sedang menonton niaga awal ni bersama saya, Hassan Rahia.
00:03Harga ubat-ubatan di Malaysia mungkin meningkat sehingga 50%
00:07jika perang antara Amerika Syarikat dan Iran berlarutan lebih 6 bulan.
00:12Menurut firma penyelidikan MBSB Research,
00:14konflik berpanjangan itu akan terus mengganggu
00:17rantaian bekalan global dan meningkatkan kos pahan mentah.
00:22MBSB Research berkata risiko perkenaan boleh meningkatkan tekanan
00:26terhadap industri pharmaceutical tempatan
00:28yang masih bergantung kepada bekalan import,
00:30sekaligus menjejaskan kos perolehan ubat
00:32serta kemampuan sistem kesihatan untuk mengekalkan akses kepada rawatan
00:36pada harga mampu milik.
00:39Tambahnya, kebergantungan terhadap sumber luar
00:41menjadikan bekalan ubat negara terdedah kepada gangguan logistik,
00:44kenaikan kos pengangkutan dan kekurangan bahan pharmaceutical aktif atau API
00:48terutama apabila laluan perdagangan antarabangsa terjejas.
00:52Malaysia mengimport 61.24% daripada nilai pasaran pharmaceuticalnya pada 2025,
01:00manakala kebergantungan terhadap sumber asing bagi produk ubat siap dan API
01:04dianggarkan sekitar 80%.
01:07Firma itu menambah kenaikan kos input dan gangguan bekalan berpotensi
01:11memberi tekanan kepada pengeluar serta pengedar ubat,
01:13khususnya syarikat yang terikat dengan kontrak bekalan pada harga tetap
01:17dan mempunyai ruang terhad untuk memindahkan kos kepada pelanggan.
01:21Keadaan itu turut menimbulkan risiko kepada sistem penjagaan kesihatan awam
01:25sekiranya kos perolehan meningkat ketika kerajaan perlu memastikan
01:29bekalan ubat penting kekal mencukupi dan mampu dibeli.
01:33MBSB Research Perpandangan usaha meningkatkan kapasiti pengeluaran domestik penting
01:37bagi memastikan bekalan ubat lebih berdaya tahan dalam jangka panjang,
01:40terutamanya ketika permintaan terhadap perawatan kronik meningkat
01:44akibat populasi Malaysia yang semakin menua.

Recommended