Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Pelajar universiti di Greece mendirikan khemah di Dataran Syntagma, Athens, pada Selasa bagi membantah kos perumahan dan pendidikan yang semakin tinggi, menyertai gelombang protes pelajar di Perancis dan Sepanyol sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, akhir sekali pelajar universiti di Greece mendirikan kemah di dataran Sintagma di Athens pada Selasa
00:06untuk membantah kos perumahan dan pendidikan yang semakin tinggi,
00:10menyertai gelombang protes pelajar di Perancis dan Sepanyol sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
00:15Menunjuk perasaan berikrar untuk bermalam di kemah yang didirikan di dataran utama Ibu Negara itu
00:20berhadapan dengan bangunan Parlimen Greece untuk menarik perhatian
00:24terhadap tekanan keuangan yang dipaksa ditanggung oleh mereka dan keluarga
00:28akibat kenaikan kos sewa rumah, kelengkapan universiti dan tenaga.
00:35Pangsa puri sewa berhampiran kampus universiti kini menjadi rebutan pelajar
00:39yang perlu tinggal jauh dari kediaman keluarga untuk melanjutkan pengajian
00:42dengan permintaan tinggi menyebabkan kekurangan unit yang tersedia.
00:46Kesatuan pelajar berkata mereka yang tidak mampu menanggung kadar sewa dan kos pendidikan
00:50terpaksa melepaskan tawaran melanjutkan pengajian di universiti atau berhenti belajar.
00:55Mereka menuntut bantuan kewangan, perumahan pelajar, kawalan kadar sewa
00:58serta penambahan kemudahan asrama percuma.
01:01Pelajar turut mendesak kerajaan meningkatkan peruntukan pendidikan
01:04dan mengurangkan kos buku serta kelengkapan pembelajaran.
01:08Protes di Greece itu berlangsung ketika pelajar sekolah di Perancis
01:11mengadakan demonstrasi untuk minggu keempat berturut-turut
01:13bagi membantah keadaan bilik darjah dan sekolah yang tidak memuaskan.
01:17Ia turut disusuli demonstrasi di Spanyol berhubung peningkatan kos perumahan.
01:25Terima kasih telah menonton!

Recommended