Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
PBB mengecam serangan terhadap kapal awam di Laut Hitam dan memberi amaran bahawa ancaman terhadap perkapalan komersial boleh menjejaskan keselamatan pelaut serta meningkatkan harga komoditi global. PBB turut menzahirkan kebimbangan terhadap situasi di Laut Hitam, Laut Merah dan Selat Hormuz.

Category

🗞
News
Transcript
00:00PBB juga mengecam serangan terhadap kapal awam di Laut Hitam dan memberi amaran mengenai kesannya terhadap perdagangan global.
00:08Juru cakapnya, Stefan Dujaric berkata, ancaman yang semakin meningkat terhadap perkapalan komersial boleh menjejaskan keselamatan pelaut
00:15serta memberi kesan kepada harga komoditi di seluruh dunia.
00:22Menurut Dujaric, serangan ke atas kapal yang membawa bijirin, makanan dan pelbagai barangan penting untuk pasaran global semakin meningkat
00:29dan semakin meluas sejak kebelakangan ini.
00:32Beliau berkata, perkembangan itu berpotensi memberi tekanan kepada rantaian bekalan antarabangsa sekaligus menyumbang kepada peningkatan harga komoditi dunia.
00:40Selain konflik di Laut Hitam, Dujaric berkata, ketegangan di Selat Hormuz dan Laut Merah turut menambah risiko kepada perdagangan maritim
00:48antarabangsa.
00:49Menurut beliau, pelaut yang beroperasi di laluan strategik tersebut kini berdepan ancaman keselamatan yang serius dan dalam setengah keadaan mengorbankan
00:57nyawa.
00:57Beliau turut merekamkan penghargaan kepada kru kapal yang terus menjalankan tugas dalam keadaan berbahaya bagi memastikan bekalan makanan, tenaga dan
01:06barangan penting terus sampai ke pasaran dunia.

Recommended