00:00Anggota polis cawan khas yang mendakwa dikasari Ketua Pengarah Engensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan Malaysia, KPS, Datuk Seri Mohd Suhaili
00:08Mohd Zain telah membuat laporan polis baharu di Balai Polis Sungai Bersir pada 10 Oktober lalu bagi mengemukakan bukti tambahan.
00:16Peguam Kamal Hisham Jaafar dan Muhammad Nur Tamrin dalam kenyataan bersama berkata, mengikut laporan itu, anak guam mereka Lance Corporal
00:24Muhammad Faiz Muhammad Saman, 40 tahun, mendakwa beliau sedang merakam gambar ketika kejadian itu di Terminal 1, lapangan terbang-antrebangsa
00:32Kuala Lumpur, KLIA, menggunakan telefon bimbitnya.
00:35Katanya, anak guam beliau mendakwa telefon bimbitnya dirampas dan ditahan secara salah selain turut dikasari, dipukul dan diugut.
00:44Menerusi kenyataan firma guaman itu hari ini, Muhammad Faiz dan seorang lagi anggota, Lance Corporal Muhammad Ekmal Safwan Riman yang
00:52bertugas sebagai pegawai kawalan perjalanan telah dikasari di tempat awam sehingga menyebabkan anak guam mengalami kecederaan dan menjejaskan maruahnya.
01:01Kedua mereka turut menafikan dawaan terlibat dalam kegiatan counter setting.