Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Malaysia perlu mengurangkan kebergantungan terhadap komponen dan bahan mentah import bagi meningkatkan nilai ekonomi daripada aktiviti eksport, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia perlu mengurangkan kebergantungan terhadap komponen dan bahan mentah import bagi meningkatkan nilai ekonomi daripada aktiviti ekspor, khususnya dalam sektor
00:08elektrik dan elektronik.
00:10Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata,
00:13lebih banyak syarikat tempatan termasuk perusahaan kecil dan sederhana PKS perlu dilibatkan dalam rantaian bekalan industri bagi mengurangkan import dan
00:21meningkatkan lebihan dagangan negara.
00:25Dalam strategi kita kehadapan, di samping kita mengembangkan non-export E&E ini, kita juga nak menekankan bagaimana penglibatan syarikat
00:38-syarikat kita dalam negara, E&E kita,
00:41yang mana produk-produk raw material ataupun semi-finished produk yang kita import untuk menghasilkan ekspor ini, kita nak lihat
00:50secara khusus bahawa dia mestilah melibatkan production yang keluar dalam negara kita.
00:57Kita tidak boleh lagi sewenang-wenangnya beri import ikut jalan senang.
01:03Beliau berkata, sektor E&E mencatatkan ekspor bernilai RM712 bilion pada 2025 berbanding import kira-kira RM567 bilion, sekaligus menghasilkan
01:16lebihan dagangan sekitar RM145 bilion.
01:19Bagi sektor bukan E&E pula, ekspor bernilai RM897 bilion direkodkan pada tahun sama, manakala import berjumlah RM885 bilion dengan
01:31lebihan dagangan hanya RM12 bilion.

Recommended