Skip to playerSkip to main content
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh berkata kerajaan komited menangani cabaran perubahan iklim menerusi pelaksanaan dasar dan strategi yang menyeluruh.

Beliau berkata antara hala tuju yang digariskan termasuk Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0, Strategi Jangka Panjang Pembangunan Rendah Karbon serta komitmen mengurangkan pelepasan gas rumah kaca negara setiap lima tahun. #AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tuan Pertua, untuk makluman Ali yang berhormat, Kerajaan komited untuk menangani cabaran perubahan iklim melalui pelaksanaan dasar dan strategi jangka
00:10panjang yang menyeluruh
00:11yang selaras dengan aspirasi negara untuk mencapai pelepasan gas rumah kaca ataupun GHG sifar bersih menjelang tahun 2050.
00:21Di samping itu juga untuk kita memastikan keseimbangan antara kelestaran alam sekitar dengan pertumbuhan ekonomi negara.
00:27Untuk realisasikan aspirasi itu, Kerajaan telah menggariskan beberapa hala tuju ataupun dasar.
00:35Yang pertama ialah dasar perubahan iklim negara 2.0, yang kedua ialah strategi jangka panjang pembangunan rendah karbon ataupun LTLATS
00:44serta komitmen pengurangan pelepasan gas rumah kaca negara setiap 5 tahun yang dinamakan sebagai Nationally Determined Contributions,
00:53NDC yang telahpun dikemukakan kepada Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai perubahan iklim ataupun UNFCCC pada Oktober tahun lalu, Oktober 2025.
01:05Melalui NDC 3.0 itu, Malaysia telah tetapkan sasaran pengurangan pelepasan GHG secara mutlak antara 15 hingga 30 juta tan
01:14karbon dioksida setara
01:16menjelang tahun 2035. Sasaran ini antara langkah penting untuk kita memperkukuhkan tindakan mitigasi perubahan iklim negara
01:25sekaligus menyokong peralihan Malaysia ke arah pembangunan ekonomi rendah karbon yang mampan dan berdaya saing.
01:32Dalam aspek perundangan, Kerajaan turut mengambil langkah untuk menggubal Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara ataupun RUPIN
01:39supaya kita ada kerangka perundangan yang menyeluruh untuk mengarus perdanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim.
01:48RUU ini antara lain akan memperkukuhkan mekanisme pengukuran, pelaporan dan pengesahan pelepasan GHG
01:54di samping meningkatkan ketelusan serta accountability pelaksanaan komitmen iklim negara.
01:59Pelaksanaannya juga dirangka secara berperingkat dengan mengambil kira tahap kesiapsagaan industri
02:05agar peralihan kepada ekonomi rendah karbon tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.
02:11Terutama, dalam aspek adaptasi perubahan iklim, NRES sedang membangunkan Plan Adaptasi Kebangsaan ataupun MyNet
02:19iaitu sebagai kerangka perancangan jangka panjang untuk kita meningkatkan daya tahan negara terhadap perubahan iklim.
02:26Pelan ini memberikan tumpuan kepada sektor-sektor utama, lima sektor utama secara khusus iaitu
02:32sumber air dan pesisir pantai, infrastruktur, keselamatan makanan dan pertanian, kesihatan awam serta perhutanan dan biodiversiti.
02:41Pembangunannya teruk berasaskan data saintifik untuk memastikan tindakan adaptasi dapat dirancang secara lebih sistematik dan berkesan.
02:49Dalam usaha untuk kita memperkukuh daya saik ekonomi rendah karbon pula,
02:54kerajaan telah melancarkan dasar pasaran karbon kebangsaan pada 21 April 2026.
02:59sebagai satu lagi kerangka strategik untuk kita bangunkan ekosistem pasaran karbon yang telus, berintegriti dan berdaya saing.
03:07Pelaksanaan ini disokong melalui kerjasama antarabangsa di bawah Artikel 6 Perjanjian Paris
03:13termasuk kerjasama dengan Republik Korea dan Singapura
03:16untuk membuka peluang pelaburan rendah karbon, pembindahan teknologi serta pembangunan kapasiti industri tempatan.
03:21Berhubung dengan bahagian kedua sedikit lagi, petua soalan yang berkaitan dengan cukai karbon,
03:29perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Keuangan, MOF.
03:33Walaubagaimanapun, NRES akan terus memberikan kerjasama dan input teknikal
03:37untuk memastikan pelaksanaan sebarang instrumen yang berkaitan dengan penetapan harga karbon
03:42adalah selaras dengan dasar serta komitmen perubahan iklim negara.
03:46Sebagai kesimpulan, kerajaan akan terus memperkukuh pelaksanaan dasar kerangka perundangan
03:53dan mekanisme pasaran yang saling melengkapi bagi memastikan usaha untuk menangani perubahan iklim
03:58dilaksanakan secara menyeluruh, terancang dan juga berkesan.
04:03Pendekatan ini penting bukan sahaja untuk kita memenuhi komitmen perubahan iklim negara di peringkat global
04:08tetapi juga untuk meningkatkan daya tahan negara, merancatkan perlaburan hijau
04:14serta memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam peralihan ekonomi global ke arah rendah karbon.
04:21Terima kasih.

Recommended