00:00Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 14 Jun 2027 untuk pengurusan kes semakan kehakiman yang difalkan Badan Peguam bagi
00:10mencabar keputusan pihak pendawaan menghentikan kes rasuah Yayasan Akal Budi melibatkan timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi.
00:18Hakim S. Indra Nehru menetapkan tarikh berkenaan selepas dimaklumkan bahawa Ahmad Zaid dan Peguam Negara memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan
00:28untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes tersebut.
00:35Peguam Abil Aj Subramaniam memohon agar pendegaran semakan kehakiman hanya dijalankan selepas proseding rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.
00:44Mahkamah turut mengarahkan pengurusan kes pada Jun 2027 dijalankan secara e-review di hadapan timbalan pendaftar.
00:53Menurut Abil Aj, tarikh pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan masih belum ditetapkan kerana proses melengkapkan rekod rayuan dan pertukaran hujahan
01:02bertulis masih berjalan.
01:03Pada 8 Oktober lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan Ahmad Zaid dan Peguam Negara merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kebenaran
01:13kepada badan peguam menggunakan semakan kehakiman.
01:16Panel 3 Hakim memutuskan kes itu membabitkan isu perlembagaan baharu yang mempunyai kepentingan awam dan memerlukan penentuan muktamad Mahkamah Persekutuan.
01:25Terima kasih kerana menonton!