Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Perbincangan dihoskan Farhan Hakimi bersama Pakar Pediatrik dan Pakar Pernafasan Pediatrik Sunway Medical Centre, Dr Noor Zehan Abdul Rahim bagi meneliti situasi jerebu semasa dan impaknya terhadap kesihatan masyarakat, khususnya kanak-kanak yang lebih terdedah kepada masalah pernafasan.
Transcript
00:06Assalamualaikum dan salam sejahtera
00:08Pantau agenda reformasi jama ini bersama saya Farhan Hakimi
00:10Baik kita sedia maklum dengan situasi jerebu yang melanda negara ketika ini
00:14dan sekaligus ia menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan masyarakat
00:18dan selain menjejaskan kualiti udara
00:20keadaan ini turut meningkatkan risiko masalah kesihatan
00:23khususnya gangguan penafasan
00:26jadi perbincangan kita pada jama ini akan tertumpu kepada
00:28kesan jerebu terhadap masyarakat serta langkah yang boleh diambil
00:32bagi melindungi kesihatan terutama golongan yang berisiko termasuklah kanak-kanak
00:37dan sebelum kita memulakan perbincangan
00:40ada beberapa laporan yang saya akan bawakan
00:42antaranya institusi pendidikan di bawah
00:46Kementerian Pendidikan KPM di Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang
00:51termasuk Putrajaya serta beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor
00:55akan dibuka semula serta beroperasi seperti biasa
00:58bermula hari ini
00:58di Kuala Lumpur, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
01:02Kuala Lumpur, JPWPKL
01:05dalam kenyataan
01:05memaklumkan institusi pendidikan KPM
01:09di bawah Pejabat Pendidikan Daerah
01:11PPD Sentul dan PPD Keramat
01:13antara yang terlibat
01:14penurunan bacaan indeks pencema udara IPU
01:17di kawasan berkenaan
01:18selama 3 hari berturut-turut
01:23Sehubungan dengan itu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah PDPR
01:26serta arahan bekerja dari rumah BDR bagi kawasan terlibat ditamatkan
01:32JPWPKL bagaimanapun memaklumkan
01:34sekolah-sekolah di bawah PPD Bangsar dan Pudu
01:37kekal ditutup
01:38sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak
01:41Di Selangor, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, JPNS
01:44memaklumkan semua sekolah di bawah pentadbiran PPD Hulu Langat
01:48Gombak dan Petaling Perdana
01:49kekal ditutup berikutan perkembangan bacaan IPU semasa
01:54JPNS menerusi kenyataan terut memaklumkan
01:56semua sekolah di daerah-daerah lain di negeri itu akan beroperasi
01:59seperti biasa hari ini
02:00Situasi sama terut direkodkan di Melaka
02:03dan semua sekolah di negeri itu dibuka semula hari ini
02:06Di Negeri Sembilan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
02:10JPNS memaklumkan
02:11semua institusi pendidikan KPM akan beroperasi
02:14seperti biasa hari ini
02:15berdasarkan pemantauan kualiti udara terkini
02:18JPNS turut menyarankan murid yang bergejala penafasan
02:22atau tergolong dalam kumpulan berisiko
02:24agar memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga
02:27Sementara itu di Pahang, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
02:30turut memaklumkan semua sekolah di negeri berkenaan
02:33akan beroperasi seperti biasa hari ini
02:35dengan pemantauan berterusan terhadap situasi jerebu
02:38serta bacaan IPU dilakukan
02:39dari semasa ke semasa
02:41menerusi PPD masing-masing
02:43Dalam pada itu di Putrajaya
02:44Jabatan Pendidikan Bilal Persekutuan Putrajaya
02:47JPWPP memaklumkan
02:49semua sekolah di bawah jabatan itu
02:50akan beroperasi seperti biasa hari ini
02:52susulan bacaan IPU yang kekal di bawah paras 150
02:57Indonesia mengerahkan lebih 60,000 anggota dan 48 helikopter
03:02serta pesawat untuk mendangani kebakaran hutan dan tanah
03:05yang semakin luas di Sumatera dan Kalimantan
03:07lapor laman berita Jakarta Globe semalam
03:10Menteri Luar Indonesia
03:11Armand Nanta Naseh
03:13berkata langkah itu dibuat susulan masalah jerebu yang semakin buruk
03:16sehingga mencetuskan perbincangan diplomatik dengan Malaysia
03:20Armand Nata telah menghubungi rakan sejawatnya dari Malaysia
03:24Datuk Seri Muhammad Hassan
03:26bagi menjelaskan usaha memadamkan kebakaran oleh Indonesia
03:30termasuk operasi pengeboman air serta pembenihan awan
03:34Perbualan itu dilakukan susulan panggilan telefon
03:37antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
03:40dan Presiden Prabowo Subianto minggu lalu
03:43berhubung jerebu yang merentasi sempadan
03:46sehingga menjejaskan kualiti udara di Malaysia dan Singapura
03:49Beliau berkata kebakaran hutan itu kekal menjadi cabaran utama
03:54terutamanya ketika cuaca kering
03:56menyebabkan operasi memadamkan api lebih sukar
03:59Beliau berharap keadaan bertambah baik
04:02kerana hujan dijangka melanda tidak lama lagi
04:07Jerebu terus menyelubungi Singapura pada Isnin
04:10ketika kebakaran hutan di negara jiran Indonesia masih berterusan
04:14Menurut perkhidmatan pemantauan kualiti udara IQ Air
04:17tahap kualiti udara di Republik itu kekal dalam kategori tidak sihat
04:21Bacaan kualiti udara di Singapura direkodkan pada paras 171
04:26setakat jam 9 pagi waktu tempatan
04:29Indonesia kini berdepan kebakaran hutan paling buruk dalam tempoh 11 tahun
04:33terutama di Pulau Sumatera dan Borneo
04:35Kerajaan Indonesia memberi amaran kebakaran itu mungkin berterusan sehingga November
04:41dengan keadaan diberukkan oleh fenomena El Nino
04:51Singapura akan mengaktifkan skim klinik kesiapsiagaan
04:55kesihatan awam PHPC dan skim subsidi jerebu HSS
05:00bermula 12 Oktober
05:02Langkah itu bagi membantu penduduknya mendapatkan rawatan perubatan berkaitan jerebu
05:12Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan
05:14klinik yang mengambil bahagian serta semua poli klinik
05:17akan menyediakan rawatan pada kadar berpatutan
05:20bagi masalah kesihatan berkaitan jerebu kepada kanak-kanak
05:23warga emas dan rakyat Singapura berpendapatan rendah
05:26hingga sederhana sebaik sahaja kedua-dua skim itu diaktifkan
05:30Menerusi satu kenyataan pada ahad
05:32Kementerian itu memaklumkan semua warga negara Singapura
05:35layak menerima manfaat HSS di poli klinik
05:38Masalah kesihatan yang diliputi skim itu termasuk
05:42Renitis Allergy, Asma, Bronchitis, Konjunctivitis
05:46Penyakit Pulmonary Obstructive Chronic, COPD
05:50Jangkitan Salon Penafasan serta komplikasi berkaitan
05:53Kementerian itu memaklumkan pemegang kad bantuan awam
05:56akan menerima subsidi penuh bagi rawatan berkenaan
05:59manakala warga emas daripada generasi perintis dan generasi merdeka
06:03hanya perlu membayar tidak lebih daripada $5 Singapura
06:07Menurut kementerian itu, warga negara Singapura lain yang layak pula
06:11dikenakan bayaran tidak lebih daripada $10 Singapura
06:15Sementara itu, kualiti udara di seluruh Singapura
06:17kekal pada tahap tidak sihat pada ahad
06:19dengan indeks PRN Pencuma PSI 24 Jam
06:22mencatatkan bacaan antara 115 hingga 151
06:29Baik, di jam ini saya akan bersama dengan Dr. Nurzeha Nabil Rahim
06:33pakar pediatrik dan pakar pernafasan pediatrik
06:36Sunway Medical Center yang sudah pun bersedia secara dalam talian
06:40untuk kita membincangkan dengan lebih lanjut
06:41mengenai impak jerebu kepada masyarakat khususnya kanak-kanak
06:45Doktor, terima kasih kerana bersama dengan Israwani untuk jam ini
06:49Terima kasih kerana menjemput saya
06:51Baik, doktor mungkin boleh kita mulakan dulu dengan mungkin
06:57penerangan doktor mengenai kenapa impak jerebu
07:00kita tahu kesannya begitu buruk kepada kesihatan masyarakat
07:03tetapi secara teknikal je mungkin boleh doktor jelaskan
07:06kenapa ia lebih mempengaruhi kanak-kanak
07:10Ya, secara keseluruhan impak kepada jerebu ini
07:15kepada kesihatan awam amat membelimbangkan
07:21untuk anak kecil masalahnya bergantung kepada
07:25fisiologi anak saluran pernafasan mereka yang sedang matang
07:31dan masih berkembang
07:34Saluran pernafasan mereka juga amat terdedah kepada
07:38risiko inflammation
07:41di mana bila mereka menghidu benda asing ini
07:45akan membuatkan saluran pernafasan mereka terjejas
07:49di mana mereka boleh merembeskan banyak lagi secretion
07:53dan membuatkan saluran pernafasan mereka ini menjadi sempit
07:57Jadi saluran pernafasan mereka yang kecil ini membuatkan mereka
08:01lebih berisiko tinggi untuk mendapatkan masalah-masalah
08:04pernafasan seperti jangkitan kuman, pneumonia,
08:07bronchitis, acute broncholitis
08:11Anak yang kecil juga mereka bernafas dengan kadar yang cepat
08:15Jadi bila dibandingkan nisbah kepada
08:18pernafasan yang kandungan udara yang mereka ambil
08:23berbanding dengan badan mereka, mereka lebih terdedah kepada
08:26menghidup benda asing ini
08:28Jadi dari segi fisiologi mereka memang sememangnya
08:32mereka berada pada risiko yang lebih tinggi
08:35dan juga imuniti mereka masih berkembang
08:39jadi masih lagi sedang membentuk
08:43Doktor, selain masalah penyakit umum yang kita ketahui
08:46seperti batuk, sesama dan juga kesukaran bernafas
08:49apa mungkin masalah kesihatan lain yang mungkin boleh
08:51dialami kanak-kanak khususnya akibat
08:53pendedahan kepada jerebu termasuk kesan yang mungkin
08:56tidak disedari oleh ibu bapa pada peringkat awal
09:00Jadi bila berlakunya musim jerebu ini adalah pada
09:03musim panas Alino
09:05Bila berlakunya Alino ini
09:08cuaca panas sendiri menyebabkan anak-anak ini terdedah
09:12kepada risiko untuk mendapatkan dehydration
09:15di mana mereka senang hilang air dari badan mereka
09:20Jadi ibu bapa perlu memastikan pada masa keadaan seperti ini
09:25anak-anak mengambil minuman yang cukup, air yang cukup
09:30supaya mereka terhindar daripada risiko mendapat dehydration
09:33di mana itu merupakan tanda-tanda awal di mana masalah-masalah lain
09:37boleh menjejaskan mereka
09:40Dan dari segi tahap risiko mungkin ada perbezaan
09:44dari segi kesan jerebu ini terhadap kesihatan
09:48terhadap bayi, kanak-kanak kecil dan juga kanak-kanak
09:51mungkin yang lebih sedikit berusia
09:55Selalunya kita bahagikan kepada anak kecil yang lebih
09:58daripada bawah 2 tahun dan juga lebih kepada 2 tahun
10:01Bawah 2 tahun ini mereka seperti yang saya terangkan sebelum ini
10:07saluran penafasan mereka masih berkembang
10:10kantung angin mereka di dalam paru-paru sedang masih berkembang lagi
10:15Jadi kematangan mereka untuk melawan benda-benda asing yang dihidu itu
10:19terlalu kurang
10:22Ini membuatkan mereka lebih terdedah kepada masalah-masalah penafasan
10:28Bagi yang lebih kepada daripada 2 tahun mereka mempunyai tahap kematangan
10:33agak walaupun masih kurang daripada orang dewasa tetapi lebih
10:39advance daripada yang less than 2 years of age
10:42Dan bila mereka mendapat masak-masak seperti batuk sesema mereka boleh
10:48dirawat menggunakan over-the-counter drugs seperti ubat sesema, ubat batuk tetapi
10:53bagi mereka yang rendah daripada umur 2 tahun ini mereka tidak mempunyai
10:58apa-apa rawatan selain daripada memastikan di rumah itu pengudaraan
11:05mereka itu sihat, 100% sihat. Jadi itu untuk mengurangkan risiko mereka daripada
11:12kita mendapat masalah yang lebih berat
11:13Ya, itu bagi kanak-kanak yang kita klasifikasikan berada dalam golongan rentan
11:18tetapi juga kita mungkin perlu tumpukan kepada mereka yang mempunyai masalah
11:22kesihatan sedia ada seperti asma ataupun penyakit paru-paru kronik
11:26Apa mungkin langkah-langkah yang boleh diambil oleh golongan ini dan adakah
11:30perlunya mereka dimasukkan ke hospital dan sebagainya?
11:38Kita akan cuba sedai upaya untuk mengurangkan risiko mereka untuk masuk ke
11:43ward. Jadi langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa yang di mana
11:48anak-anak mereka mempunyai masalah penafasan sedia ada seperti asma ataupun
11:53chronic lung disease ialah untuk memastikan jika mereka mempunyai ubat-ubatan
11:59yang sudah di-prescribe oleh doktor mereka menggunakannya dengan betul jika pada
12:04mereka yang mempunyai asma itu mengikut aturan pada asma action plan yang
12:10selalunya dibincangkan dengan doktor mereka dan juga memastikan mereka
12:14mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif seperti mengurangkan aktiviti-aktiviti
12:20luar, memastikan imunisasi diambil dengan cukup dan juga memastikan jika
12:29mereka bergaul dengan orang di luar sana menggunakan pelitup muka bagi
12:34mereka yang anak-anak yang lebih dewasa.
12:37Dan dari sudut klinikal doktor apa mungkin tanda amaran yang perlu
12:42diperhatikan oleh ibu bapa untuk mengenalpasti bahawa anak mereka bukan
12:45sekadar mengalami iritas ringan tetapi sebaliknya perlukan pemeriksaan
12:49ataupun rawatan perubatan segera?
12:53Yang pertama sekali kalau anak mereka mempunyai masalah penafasan ataupun
12:59batuk yang berpanjangan mereka harus berjumpa dengan doktor kerana itu mungkin
13:03bukan sahaja iritasi yang ringan tetapi mungkin memerlukan rawatan yang lebih
13:10jika anak-anak kecil yang kurang minum, kurang menyusu, kurang susah nak tidur,
13:15merengit kuat itu adalah tanda-tanda awal di mana mereka tidak sihat dan
13:19mungkin memerlukan rawatan yang lebih rapi.
13:22Selain daripada itu jika anak-anak yang mempunyai masalah asmas ataupun
13:29masalah paru-paru yang kronik yang lain jika mereka mula menunjukkan tanda-tanda
13:34awal harus berjumpa dengan doktor dengan secepat mungkin.
13:39Baik doktor lebih banyak lagi yang kita akan bincangkan mengenai mungkin
13:42situasi semasa bagaimana keadaannya di hospital dan sebagainya
13:46rentetan kesan jerebu ini kepada kesihatan masyarakat tetapi itu kita akan
13:51bincangkan seketika nanti kita berhenti berehat seketika.
14:17Terima kasih telah menonton!
14:56selamat menonton!
15:23Terima kasih telah menonton!
15:42episod jerebu ini dan sejauh mana data yang ada dapat menunjukkan skala
15:46sebenar masalah ini doktor?
15:49Jadi jika kita lihat secara keseluruhan Kementerian Kesehatan Malaysia baru-baru ini
15:55ada mencatatkan peningkatan masalah penafasan yang berkaitan dengan jerebu ini
16:00sebanyak 10%.
16:03di hospital di hospital di mana saya bekerja di sini, kami mendapati peningkatan sebanyak 40% di kalangan kanak-kanak
16:12di mana mereka dimasukkan ke ward untuk rawatan susulan, rawatan seterusnya yang berkaitan dengan saluran penafasan seperti pneumonia, acute bronchitis,
16:27acute broncholitis.
16:28dan kebanyakan daripada pesakit-pesakit ini adalah di kalangan kanak-kanak bawah 2 tahun.
16:39peningkatan ini bukan sahaja menyebabkan peningkatan kepada admission kepada ward tetapi juga peningkatan kepada jumlah pesakit yang datang mendapatkan rawatan
16:51di jabatan pesakit luar dan juga jabatan kecemasan kami di sini.
16:57Ya, dan sekiranya jumlah pesakit kanak-kanak ini meningkat, apa implikasi terhadap kapasiti hospital khususnya jabatan kecemasan, ward pediatrik dan
17:07juga unit rawatan rapi, pada tahap mana mungkin peningkatan ini boleh menjejaskan keupayaan hospital untuk memberikan rawatan kepada pesakit yang
17:15memerlukan?
17:18Sememangnya jika mendapatkan kenaikan kadar kanak-kanak yang datang untuk mendapatkan rawatan acute bagi yang relate kepada jerebu ini,
17:31sebenarnya ia akan mendapatkan impak kepada jabatan pesakit kecemasan dan juga pesakit luar dan juga katil-katil di ward pediatrik
17:43terutamanya kepada ward-ward di hospital-hospital kerajaan
17:47di mana kita sudah sedia maklum, kita tahu yang impak ini akan menjejaskan masalah yang sedia ada juga.
17:56Jadi apa yang kita fosi ialah masalah ini bukan sahaja akan menjejaskan kapasiti ward, ia juga akan menjejaskan kapasiti bekalan
18:09ubatan, bekalan ubatan keperluan
18:15merawat pesakit ini seperti menggunakan rawatan-rawatan yang khusus seperti oksigen dan juga katil-katil di ICU yang menggunakan bantuan
18:30penafasan.
18:30Ini akan mengganggu kes-kes yang sedia ada yang bukan related kepada jerebu.
18:38Tengkangan kepada pegawai-pegawai kesihatan dan juga pekerja-pekerja kesihatan lain juga akan berlaku di mana kita akan mendapat kelesuan
18:49di kalangan pekerja-pekerja kesihatan
18:51dan juga infection-infection yang boleh membuka ruang kepada mereka mendapatkan masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan masalah penafasan ini.
19:02Jadi kita harus membuat kesediaan untuk mengharumi masalah ini jika ia akan berlarutan di masa yang terdekat ini.
19:12Ya Doktor, kita tahu juga beberapa buah sekolah di Ibu Negara dan juga beberapa zon dan daerah di Selangor ditutup
19:20susulan jerebu ini
19:22dan langkah ini diambil tentunya mengikut kepada bacaan IPU yang berada pada tahap tidak sihat.
19:30Tapi adakah bacaan IPU itu boleh kita jadikan sebagai andalan untuk menentukan sama ada sekolah itu perlu ditutup ataupun tidak
19:36ataupun sekiranya bacaan IPU itu berada pada tahap sederhana juga mereka atau keanak-kanak ini perlu mengambil langkah yang berjaga
19:45-jaga ataupun bagaimana Doktor?
19:47Jadi kita perlu mengikut saranan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Awam di mana pada kadar IPU yang melebihi daripada 200,
20:00bacaan yang melebihi daripada 200 itu
20:02kita perlu membuat kesediaan untuk menutup sekolah supaya kanak-kanak tidak terdedah kepada masalah jerebu, masalah-masalah jebu yang boleh
20:11menyebabkan masalah kesihatan.
20:13Jika pilih 200, kita perlu memastikan yang persekitaran sekolah atau keadaan di mana anak-anak ini belajar adalah selamat.
20:24semestinya itu adalah satu benchmark yang kita digunakan sekarang dan digunakan di serata dunia di mana pacaan IPU itu memberi
20:37target untuk kita mengelolakan aktiviti-aktiviti harian kita.
20:43Ya dan dalam keadaan jerebu yang berlarutan ini, apa langkah pelindungan yang paling berkesan untuk kita kurangkan risiko kesihatan dekat
20:52anak-anak dan sejauh mana mungkin penggunaan pelitup muka
20:54khususnya seperti N95 dan sebagainya, penapisan udara dalaman dan juga pengurangan aktiviti luar dapat membantu mengurangkan pendedahan kepada golongan ini
21:04Doktor?
21:06semestinya kalau kita mempunyai pencemaran udara yang sebegitu serius, kita harus mengaktifkan pengurangan aktiviti-aktiviti luar yang boleh menyebabkan masalah
21:21-masalah penafasan ini.
21:23first ialah untuk mengurangkan aktiviti luar ini, yang kedua ialah pemakaian pelitup muka bagi kanak-kanak yang berusia bawah dua
21:32tahun agak sukar untuk mereka mendapat pelitup muka yang agak kesan untuk mereka guna kerana fitting mereka itu tidak ada
21:40yang sesuai.
21:41bagi yang lebih daripada umur dua tahun itu, kita kena pastikan jika mereka harus lakukan aktiviti-aktiviti luar dan mereka
21:49perlu memakai pelitup muka ini supaya mengurangkan risiko mereka untuk menghirup udara-udara yang dicemai ini.
21:57yang ketiga ialah memastikan pengudaraan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat penjagaan anak-anak adalah bersih dan ini perlu
22:08ada fasilitasi daripada pihak-pihak kuasa untuk memastikan mereka mendapat air purifiers diletakkan di kawasan-kawasan ini untuk memastikan mereka
22:22mendapat udara-pengudaraan yang bersih.
22:24Terima kasih kita ucapkan kepada Dr. Nurzihan Abdul Rahim, pakar pediatrik dan pakar penafasan pediatrik Sunway Medical Center atas ulasan
22:33dan juga saranan mengenai langkah-langkah yang boleh diambil semua pemegang taruh yang terlibat dalam kita menangani kesan kesihatan situasi
22:41jerebu ini kepada masyarakat khususnya golongan rentan termasuklah kanak-kanak yang paling berisiko menanggung kesan akibat jerebu ini.
22:52Saya kira anda boleh terus dapatkan perkembangan terkini di semua platform extra awali berkaitan dengan situasi jerebu tetapi untuk waktu
23:00ini sekian saja daripada saya Farhan Hakimi, kita jumpa lagi.

Recommended