00:00Baik, tawaran jawatan tetap kepada lebih 9,000 doktor kontrak menerusi belanjawan 2027 dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh tenaga
00:09kerja sektor kesihatan negara.
00:11Namun, pelaksanaannya perlu diselaraskan dengan keperluan sebenar hospital khususnya di Sabah dan Sarawak bagi memastikan pengisian jawatan dapat membantu menangani
00:22kekurangan petugas kesihatan secara berkesan.
00:27Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, data keperluan petugas serta penempatan di hospital setiap
00:37daerah sudah tersedia.
00:39Namun, proses mengisi kekosongan masih berdepan cabaran besar.
00:44Justeru, beliau berharap tawaran jawatan tetap itu dapat dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan sebenar setiap hospital,
00:52sekaligus mengelakkan masalah kekurangan tenaga kerja berlarutan.
00:57Kita lihat, perlunya sudah ada daripada segi ketetapan, bukan hanya kontrak sahaja.
01:05Sebab ini masalah tidak pernah selesai daripada dulu dan saya fikir sudah terima masalahnya Puan Sengor untuk kita tetapkan.
01:13Sebab kita sudah tahu keperluan-keperluan permintaan untuk staffing, untuk posting itu di setiap daerah hospital yang memerlukan.
01:21dan nombor, data semua kita sudah ada.
01:24Cuma untuk mengisi itu memang satu cabaran yang sangat besar.
01:29Ini yang perlu bagaimanapun kita setiap perusahaan yang terbaik.
01:35Sebab sebarang, Alhamdulillah, memang belum ada lagi kes-kes yang mudi yang kita tidak dapat attend daripada pihak kesihatan sendiri.
01:43Bagaimanapun, kita tidak mahu ada masalah yang akan muncul di temudah hari juga.
01:48isu ini tidak dapat diselesaikan sehentas.
01:52Menurut Rina, cabaran untuk seimbangkan jumlah petugas kesihatan dengan bilangan pesakit bukan hanya dihadapi Sabah,
02:00malah turut membabitkan hospital di Semenanjung.
02:03Walaupun perkhidmatan kesihatan masih mampu memenuhi keperluan semasa,
02:08katanya langkah lebih menyeluruh perlu diambil
02:11bagi mengelakkan kekurangan tenaga kerja menjejaskan penyampaian perkhidmatan pada masa hadapan.
02:18Bagi Sabah, Rina berkata, usaha memperkukus sektor kesihatan perlu terus diberi perhatian.
02:24Selaras dengan perjuangan merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 MA63,
02:31khususnya dalam memastikan rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
02:41Terima kasih.