00:00Datuk Yang Di-Pertua, untuk makluman ahli yang berhormat, cadangan penubuhan Hospital Mara pada masa ini
00:08sedang dalam penelitian dan kajian yang teliti dan menyeluruh, merangkumi aspek keperluan dan permintaan,
00:16lokasi, kapasiti dan skop perkhidmatan, tenaga profesional, kos dan pembiayaan,
00:23serta keperluan perundangan dan kawal selia di samping keselarasan dengan mandat Mara.
00:30Pihak Mara telah menubuhkan jawatankuasa khas yang terdiri daripada pakar dan profesional,
00:38termasuk dari kalangan alumini Mara dan kepakaran dalaman bagi mengkaji berkaitan keboleh sanaan
00:44dan model pelaksanaan Hospital Mara tersebut.
00:48Dijangka, kajian ini akan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan sebelum kerja-kerja pra-pelaksanaan dijalankan,
00:57termasuk mendapatkan kelulusan-kelulusan yang diperlukan.
01:01Penubuhan sebuah hospital merupakan cadangan yang kompleks dan memerlukan kajian yang sangat teliti.
01:08Oleh yang demikian, perkara berkaitan dengan lokasi, kapasiti katil, bidang kepakaran,
01:16anggaran kos sumber pembiayaan dan tarikh operasi masih sedang diperhalusi dan belum diputuskan lagi pada masa ini.
01:24Buat masa ini, Mara kekal memberi tumpuan kepada sokongan terhadap sektor kesehatan negara melalui dua teras sedia ada,
01:34iaitu penyediaan modal insan dalam bidang perubatan dan kesihatan melalui ekosistem pendidikan Mara
01:42seperti UniKL, KPTM dan TVED Mara serta pembangunan usahawan profesional melalui program pembangunan usahawan profesional,
01:52prospek di bawah jenama UNI Klinik, UNI Framasi dan UNI Dental
02:00yang setakat ini melahirkan 180 orang usahawan dengan 160 outlet di seluruh negara.
02:08Mara akan terus memperkukuhkan kedua-dua sistem, ekosistem ini bagi menyokong keperluan tenaga kerja dan perkhidmatan kesehatan negara.
02:18Terima kasih, Datuk Tuan.
02:19Terima kasih, Datuk Tuan.