Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Peruntukan RM19.1 bilion kepada sektor pendidikan tinggi dalam Belanjawan 2027 disifatkan sebagai pelaburan strategik bagi membangunkan bakat, memperkukuh penyelidikan serta mempercepat penerapan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) dalam institusi pengajian tinggi negara.
Transcript
00:00Peruntukan RM19.1 bilion kepada sektor pendidikan tinggi dalam Belanjawan 2027 dilihat sebagai langkah strategik untuk memperkukuh pembangunan bakat, penyelidikan
00:10dan inovasi negara.
00:12Menurut Timbalan Naib Chancellor Al-Hal Ehwal Pelajar dan alumni Universiti Malaysia Terengganu UMT Prof. Dr. Muhammad Izzani Muhammad Zain,
00:20peruntukan itu menjadi pelaburan jangka panjang dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti dan meningkatkan daya sain negara.
00:28Saya percaya RM19.1 bilion itu sebenarnya bukan perbelanjaan sebenarnya tetapi adalah satu pelaburan kerajaan untuk masa hadapan.
00:37Jadi saya fikir bajet ataupun pelanjawan sektor pendidikan tinggi ini saya jangka akan meningkat dari tahun ke tahun tetapi itu
00:49satu perkara yang sangat munasabah kerana bukan kita bercakap soal melahirkan geraduan semata-mata tetapi kita bercakap soal
00:57soal bakat, soal talent, bagaimana kita nak membawa negara kita ke tahap yang lebih tinggi.
01:05Jelasnya peruntukan kepada sektor pendidikan tinggi perlu dilihat sebagai usaha memperkasa pembangunan bakat, penyelidikan dan inovasi yang menjadi pemangkin kepada
01:13pertumbuhan ekonomi negara.
01:15Tambahnya universiti tidak lagi berperanan sekadar melahirkan graduan sebab ini menjadi pusat penciptaan ilmu, pembangunan bakat dan penyelidikannya memberi manfaat
01:23kepada negara.
01:2380% daripada program-program akademik kita mesti diterapkan dengan elemen AI dan saya fikir ini satu perkembangan yang penting
01:37untuk kita melihat bagaimana AI itu dapat melonjakkan lagi kualiti program kita supaya dapat memenuhi keperluan industri dan sebagainya.
01:48Beliau menegaskan perkembangan pesat teknologi memerlukan institusi pengajian tinggi bertindak lebih pantas dalam menyesuaikan program akademik dengan keperluan semasa industri.
01:57Tambahnya penguasaan teknologi perlu diimbangi dengan penerapan nilai, jati diri dan karakter bagi melahirkan graduan yang bukan sahaja mahir malah
02:04mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
02:06Beliau berkata demikian dalam program Awani Pagi pada Sabtu.

Recommended