00:00Pakatan Harapan PH Pahang Komitet memastikan manfaat belanjawan kali ini dapat dinikmati seluruh lapisan masyarakat, khususnya golongan yang berdepan dengan
00:09tekanan kos sehari hidup.
00:11Pengurusi PH Pahang, Dato' Ahmad Farhan Fauzi berkata, belanjawan 2027 yang bertemakan menggapai di langit, mengakar di bumi, mencerminkan pendekatan
00:21pembangunan yang mengimbangi pertumbuhan ekonomi negara dengan kebajikan rakyat.
00:26Menurutnya, antara langkah yang memberi manfaat kepada rakyat termasuk peningkatan gaji minimum kepada RM2,000 mulai Jun 2027,
00:34peruntukan RM16 bilion bagi sumbangan tunai rahmah STR dan sumbangan asas rahmah SARA serta peningkatan pelepasan cukai asas individu kepada
00:42RM12,000.
00:44Turut disifatkan signifikan ialah bantuan awal persekolahan sebanyak RM200.
00:49Ahmad Farhan berkata inisiatif berkenaan dijangka membantu golongan pekerja, keluarga berpendapatan rendah dan sederhana,
00:57peniaga kecil, petani, nelayan, masyarakat luar bandar serta golongan belia.
01:02Bagaimanapun beliau menegaskan, kejayaan belanjawan 2027 perlu diukur berdasarkan sejauh mana manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat.
01:11Sehubungan itu, PH Pahang akan menggerakkan jentera-nya di semua peringkat bagi membantu rakyat mendapatkan maklumat mengenai inisiatif yang diumumkan
01:19termasuk syarat kelayakan dan saluran permohonan.
01:23Katanya perhatian turut diberikan kepada peniaga kecil dan usahawan mikro supaya mereka mendapat maklumat berkaitan peluang pembiayaan, latihan serta sokongan
01:32perniagaan.
01:33Selain itu, golongan belia, pekerja dan keluarga yang memerlukan turut akan dibantu mendapatkan maklumat berkaitan peluang pekerjaan, pendidikan dan peningkatan
01:41pendapatan.
01:43Ahmad Farhan berkata pendekatan itu penting kerana keperluan masyarakat di kawasan bandar seperti Kuantan berbeza dengan cabaran yang dihadapi penduduk
01:50luar bandar termasuk di Jerantut, Lipis, Bura, Rompin dan Cameron Highlands.
01:55Beliau berkata rakyat bukan sahaja perlu mengetahui perkara yang diumumkan dalam Belanjawan 2027, malah perlu memahami cara mendapatkan manfaat daripada
02:04inisiatif yang disediakan.
02:06Menurutnya pelaksanaan yang berkesan merupakan elemen penting dalam memastikan Belanjawan yang diumumkan benar-benar memberi kesan kepada kehidupan rakyat.
Comments