00:00Presiden Mahkamah Jenayah Antarabangsa ICC, Tomoko Akane, menggesa negara anggota supaya mengambil tindakan bagi mempertahankan institusi itu,
00:09susulan tindakan Amerika Syarikat yang mengenakan sekatan secara langsung terhadap badan kehakiman berkenaan.
00:15Akane menolak sekatan berkenaan dan menyifatkannya sebagai serangan terhadap sistem perundangan antarabangsa, serta usaha menghalang keadilan.
00:26Beliau menegaskan ICC akan terus menjalankan tugas secara bebas dan tidak dipengaruhi tekanan politik dari mana-mana pihak.
00:33Menurut Akane, negara anggota perlu memastikan ICC mempunyai sumber dan sokongan yang mencukupi untuk meneruskan operasinya.
00:39Katanya tindakan mempertahankan ICC bukan sekadar untuk melindungi sebuah institusi, sebaliknya penting bagi mempertahankan sistem antarabangsa berasaskan kedolatan undang-undang.
00:48Akane turut memberi amaran bahawa kesan sekatan itu akhirnya akan dirasai mangsa kekejaman dan jenayah berat yang masih menunggu keadilan.
00:56Pentadbiran Presiden Donald Trump mengenakan sekatan terhadap ICC pada Jumaat dalam perkembangan yang dijangka meningkatkan ketegangan diplomatik antara Washington dan
01:03Sekutu Eropah.
01:05ICC ditubuhkan pada 2002 untuk mendakwa individu yang terlibat dalam jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beram-ramai.
01:11Pentadbiran Trump sebelum ini turut mengenakan sekatan terhadap pendawaraya dan hakim ICC namun tindakan terbaru itu dilihat lebih jauh kerana
01:19berpotensi menyaksikan syarikat yang menyediakan perkhidmatan kepada mahkamah berkenaan.