Skip to playerSkip to main content
  • 17 minutes ago
Gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda selatan Panama dengan lapangan terbang antarabangsa negara itu ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Satu gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitude melanda selatan Panama pada Jumaat.
00:06Menurut US Geological Survey USGS, gempa bumi itu berlaku kira-kira 12 km di barat daya Pitaloza, Arriba pada kedalaman
00:1612.6 km.
00:19Setakat ini, tiada laporan segera mengenai korban jiwa atau kerosakan besar akibat bencana berkenaan.
00:25Pusat amaran tsunami Amerika Syarikat terus mengesahkan tiada amaran, nasihat atau ancaman tsunami dikeluarkan susulan gempa itu.
00:33Bagaimanapun, media tempatan melaporkan lapangan terbang antarabangsa Panama ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga.
00:40Dalam perkembangan sama, kedutaan Amerika Syarikat di Panama menasihatkan rakyatnya supaya menjauhkan diri daripada bangunan yang mengalami kerosakan.
00:49Orang ramai juga diminta mengikuti siaran kecemasan dan arahan rasmi pihak berkuasa untuk maklumat terkini mengenai situasi berkenaan.
01:05Terima kasih telah menonton!

Recommended