Skip to playerSkip to main content
  • 26 minutes ago
APM menyifatkan perolehan bot amfibiacraft dan kenaikan elaun sukarelawan dalam Belanjawan 2027 akan memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM menyifatkan peruntukan bagi perolehan 17 unit bot amphibia kraft dan kenaikan allowance sukarelawan dalam Belanjawan
00:082027 sebagai langkah penting untuk memperkukuh pengurusan bencana negara.
00:14Menurut Ketua Pesuruh Jaya APM Mohd Abidin Abdul Rahman, langkah itu mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memperkasa keupayaan operasi pertahanan awam
00:23khususnya ketika menghadapi bencana seperti banjir.
00:28Beliau berkata penambahan aset bot penyelamat dan penambahbaikan kadar allowance sukarelawan bukan sahaja memenuhi keperluan operasi semasa, malah menjadi langkah
00:37strategik untuk memperkukuh sistem pengurusan bencana negara.
00:41Katanya keupayaan aset yang lebih baik dan sokongan kepada anggota sukarelawan akan membantu meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan pertahanan awam kepada
00:50rakyat.
00:51Dalam lenjawan 2027, kerajaan mengumumkan perolehan 17 unit bot amphibia kraft bagi mempercepatkan operasi menyelamat dan tindak balas kecemasan APM.
01:02Selain itu, kadar allowance sukarelawan rela bomba bantuan, sukarelawan polis dan sukarelawan pertahanan awam turut ditingkatkan.
01:10Bagi kategori petugas sukarelawan, allowance ditetapkan pada kadar RM9 sejam, manakala kategori penyelia menerima RM10.80 sejam.
01:18Inisiatif itu melibatkan perutukan RM339 juta dan dijangka memberi manfaat kepada hampir 50 ribu sukarelawan di seluruh negara.
01:28Muhammad Abidin berkata APM akan terus melaksanakan amanah berteraskan prinsip sedia, pantas dan berintegriti
01:35bagi memastikan keselamatan dan pelindungan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan.
01:39Terima kasih telah menonton!

Recommended