00:00Bertemu kembali, Persatuan Farmasi Malaysia MPS mahu kerajaan menyediakan laluan yang jelas untuk ahli farmasi lantikan kontrak memperoleh jawatan tetap
00:09susulan pengumuman penyerapan lebih 9,000 doktor kontrak.
00:13Menurut Presiden MPS, Prof. Amrahi Buang, langkah kerajaan menawarkan jawatan tetap kepada doktor kontrak merupakan perkembangan positif bagi menangani ketidakpastian
00:22pekerjaan dalam sektor kesihatan awam.
00:28Bagaimanapun beliau menegaskan, ahli farmasi lantikan kontrak tidak seharusnya terus berdepan dengan ketidakpastian berhubung prospek kerjaya mereka.
00:36Menurutnya, ahli farmasi memainkan peranan penting di hospital kerajaan, klinik kesihatan dan fasiliti Kementerian Kesihatan.
00:44Antara tanggungjawab mereka termasuk pengurusan ubat-ubatan, perkhidmatan farmasi klinikal, keselamatan penggunaan ubat serta pengawasan antimikrob.
00:52MPS berkata usaha memperkukuh tenaga kerja penjagaan kesihatan tidak boleh dianggap selesai jika profesen farmasi yang menghadapi isu sama tidak
01:02diberikan peluang dan hala tuju kerjaya yang jelas.
01:06Persatuan itu menegaskan perkara berkenaan bukan tuntutan layanan istimewa, sebaliknya berkaitan soal keadilan, ketelusan dan peiktirafan kepada semua profesen penjagaan
01:16kesihatan.