Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
BNM perincikan inisiatif Belanjawan 2027 termasuk kad kredit asas kadar maksimum 14 peratus, MediAsas dan tambahan pembiayaan RM5 bilion untuk PKS.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Belanjawan 2027 mencerminkan pendekatan seimbang dalam memperkukuh daya tahan ekonomi negara.
00:06Selain menyokong isi rumah dan perniagaan ketika ketidaktentuan global masih berterusan,
00:13Governor Bank Negara Malaysia BNM Dato' Sri Abdul Rashid Rafur menerusi kenyataan pada Jumaat berkata,
00:19belanjawan itu turut memberi penekanan kepada peningkatan pendapatan rakyat,
00:24akses penjagaan kesihatan dan pelaburan produktif.
00:30Susulan pembentangan Belanjawan 2027 BNM turut memperijikan beberapa inisiatif bersama industri kewangan bagi membantu rakyat dan perniagaan.
00:39Antaranya kad kredit asas dengan kadar faedah atau keuntungan maksimum 14% tahun akan mula ditawarkan secara berperingkat mulai Oktober
00:47ini.
00:47Pemegang kad sedia ada juga boleh memindahkan baki tertunggak yang layak bagi menikmati kos pembiayaan lebih rendah.
00:53Bagi pelindungan kesihatan, pelan insurans dan takaful, media asas akan diperkenalkan Januari depan dengan premium atau sumbangannya layak mendapat pelepasan
01:02cukai pendapatan.
01:03Sebanyak RM40 juta turut diperuntukkan bagi baucer media asas kepada pekerja perusahaan kecil dan sederhana PKS yang mempunyai kurang daripada
01:1175 pekerja.
01:12Sementara itu, tambahan RM5 bilion disediakan menerusi kemudahan bantuan kestabilan PKS yang dijangka memanfaatkan kira-kira 9,000 lagi perusahaan
01:21termasuk perusahaan mikro.

Recommended