Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Keputusan menetapkan pengoperasian Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura pada Februari 2027 dibuat secara bersama oleh Malaysia dan Singapura, bukannya keputusan sebelah pihak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Keputusan menetapkan pengoperasian sistem transit rapid RTS Link Johor Bahru, Singapura pada Februari 2027 dibuat secara bersama kedua-dua negara
00:11dan bukannya keputusan sebelah pihak.
00:14Menteri Pengangkutan Anthony Luke berkata projek itu bukan ditangguhkan tetapi tempoh tambahan diperlukan bagi memberi ruang kepada penilaian akhir oleh
00:23perunding keselamatan bebas.
00:26Jelas beliau tempoh itu juga bagi mendapatkan kelulusan teknikal pihak berkuasa kedua-dua negara melibatkan agensi pengangkutan awam darat di
00:35Malaysia dan penguasa pengangkutan darat LTA di Singapura.
00:40Saya juga ada berhubung dengan Menteri Pengangkutan Singapura. Kita bersetuju yang terbaik, keputusan yang terbaik ialah untuk kita buka pada
00:50bulan Februari.
00:51Supaya semua langkah-langkah itu dapat diambil dengan sebaik-baiknya.
00:56Sebab kita tak nak mengambil risiko untuk rush through sebab ini satu projek yang penting.
01:02Dia mengambil kira faktor keselamatan kerana merentas sempadan dan menjangkakan ribuan orang akan menggunakan perkhidmatan ini setiap hari.
01:12Jadi kita walaupun ada sedikit lambat dalam tempoh sebulan lebih tetapi kita yakin bahawa ini satu keputusan yang lebih baik
01:22untuk kita pastikan semua sistem itu berjalan dengan lancar.
01:25Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran peluasan perkhidmatan BAS.my di Johor Bahru Central pada Khamis.
01:34Luk berkata tarikh tepat pembukaan RTS Link hanya akan diumumkan selepas semua kelulusan diperoleh.
01:41Namun, kerajaan yakin perkhidmatan itu dapat dimulakan Februari 2027.
01:46Terima kasih kerana menonton!

Recommended