Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan kegiatan pihak tertentu menawarkan Permit Memandu Antarabangsa (IDP) meragukan kepada warga asing dengan bayaran sehingga RM500 bagi tempoh lima tahun.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ mengesan kegiatan pihak tertentu menawarkan Permit Memandu Antarabangsa IDP meragukan kepada warga asing dengan bayaran sehingga
00:11RM500 bagi tempuh 5 tahun.
00:14Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, dokumen itu dipercayai tidak memenuhi syarat pengiktirafan untuk membolehkan pemegangnya memandu
00:23secara sah di Malaysia.
00:26Katanya IDP yang dikeluarkan JPJ Malaysia hanya sah selama satu tahun berdasarkan konvensyen mengenai lalu lintas Jalan Raya Geneva 1949.
00:37Penggunaannya juga tertakluk kepada Undang-Undang Negara atau Wilayah Berkenaan.
00:42Dalam perkembangan berasingan, JPJ menyita 47 daripada 121 kenderaan yang diperiksa menerusi op pemandu warga asing di sekitar Kuala Lumpur
00:53pada Kamis.
00:54Sitaan membabitkan 40 motosikal, 4 kenderaan dan 3 kenderaan barangan.
01:00Sebanyak 273 notis kesalahan turut dikeluarkan antaranya 120 berkaitan lesin memandu kompiten, 52 lesin kenderaan moto dan 51 kesalahan insuran.
01:13Manakala seramai 58 warga asing turut ditahan dalam operasi berkenaan.
01:18JPJ mengingatkan warga asing supaya mendapatkan IDP daripada pihak berkuasa yang sah dan tidak terpedaya dengan tawaran dokumen meragukan.
01:27Terima kasih telah menonton!

Recommended