00:00Selepas ini, Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR menerima 133 representasi berhubung syur kajian semula persepadanan KSP bahagian-bahagian Pilihan Raya Negeri
00:10Sarawak kali ke-7.
00:12Situasi SPR, Datuk Khairul Syahril Idrus dalam kenyataan memaklumkan, daripada jumlah itu, 126 adalah representasi membantah, manakala tujuh lagi sebagai
00:23sokongan.
00:25Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti dan membincangkan ke semua representasi yang telah diterima, khususnya representasi yang
00:33memenuhi syarat untuk dipertimbangkan bagi tujuan siasatan tempatan.
00:37Langkah ini selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan tata cara kajian semula persepadanan yang berkuat kuasa.
00:43SPR juga akan membuat ketetapan berhubung proses siasatan tempatan selepas mesyuarat khas tersebut disusuli notis untuk menghadiri proseding siasatan tempatan
00:52yang akan dihantar kepada semua pihak yang layak selewat-lewatnya dua minggu sebelum proseding dijalankan.
00:58SPR diberi tempoh dua tahun untuk menyiapkan kajian tersebut bermula dari tarikh tersiarnya notis yang disebut dalam Seksyen 4 Jadual
01:05ke-13 Perlembagaan Persekutuan iaitu 1 September 2026 sehinggalah laporan akhir kajian dikemukakan kepada Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan dalam
01:14Fasal 10 Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.
01:18SPR sebelum ini telah mengadakan pameran syur kajian semula persepadanan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri dalam negeri Sarawak
01:26selama satu bulan mulai pada 1 sehingga 30 September 2026.