Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Barisan Nasional is drawing up a long-term national blueprint under its “Agenda Malaysia Biru” initiative to chart Malaysia’s development towards the country’s centenary of independence, says Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

The Barisan chairman and Umno president said the proposed framework would look beyond a single election cycle and connect Malaysia’s long-term ambitions with the immediate needs of the people.

Read more at https://tinyurl.com/2mfady6t

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00...Raja Dr. Zamri Abdelkadi yang menuan rumah ini.
00:07Ini bukan hanya soal slogan, tapi visi atau wawasan atau tasawur.
00:15Dan visi yang besar yang menentukan duduk perkara sesebuah negara bangsa.
00:22Setiap gagasan harus membawa keyakinan bahawa masa depan Malaysia
00:28mesti dibentuk oleh wawasan dan dibina dengan penuh keberanian.
00:33Sebab itu, saya mengemukakan agenda Malaysia Biru sebagai kerangka membina negara
00:41untuk menuju satu abad kemerdekaan.
00:45Bayangkan, anak yang lahir pada hari ini akan berusia 31 tahun apabila kita menyambut kemerdekaan.
00:56Kemerdekaan ulang tahun yang ke-100.
01:00Anak muda yang berusia 20 tahun pada hari ini bakal memikul amanah.
01:07Mungkin sebagai pemimpin negara, pemimpin korporat, pemimpin masyarakat dan pemimpin keluarganya.
01:14Kehidupan mereka ketika itu banyak ditentukan oleh keputusan kita sekarang.
01:19Keputusan kita pada malam ini, kita mahu lihat bagaimana keempat-empat panel ini akan melemparkan padangannya.
01:29Tidak apa berbeda, tapi yang penting kita mesti mencapai satu tujuan.
01:33Jadi hasrat saya ialah memastikan gagasan ini menghubungkan cita-cita jangka panjang dengan keperluan rakyat hari ini.
01:44Allow me, however, to offer for priorities bagi memperkukuhkan agenda Malaysia Biru ini.
01:52Dan memastikan aspirasi ini diterjemahkan pada hasil yang berimpak tinggi.
01:58Pertama, pada hemat saya, Malaysia mesti bergerak daripada menggunakan nilai kepada mencipta nilai.
02:11Menggunakan nilai kepada mencipta nilai.
02:14Kita telah membuktikan kemampuan menghasilkan barangan untuk pasaran dunia.
02:20Langkah seterusnya ialah memastikan teknologi, reka bentuk, jenama dan harta intelekt turut dibangunkan oleh rakyat Malaysia.
02:30Saya yakin jika anjakkan ini kita mulakan sekarang.
02:35Malaysia mampu menjadi negara pencipta yang meraih pulangan besar daripada inovasi kita sendiri.
02:43Sebab itu, saya sering katakan, we have to move from here.
02:52Daripada made in Malaysia kepada created, owned and trusted by Malaysia.
02:58Itu yang pertama.
02:59Kedua, rakyat mesti bergerak daripada menikmati pertumbuhan kepada memiliki kemakmuran.
03:07Sebab itu, pekerjaan dan gaji premium mesti disertai peluang untuk mereka memiliki rumah, membina simpanan dan memegang ekuiti dan mengembangkan
03:19perusahaan.
03:20Kita mesti memperluarkan akses kepada modal serta peluang pemilikan supaya lebih ramai rakyat mempunyai kepentingan dalam kekayaan ekonomi negara.
03:32Saya mahu, melalui agenda biru ini nanti, lebih ramai keluarga, pelbagai kaum, I'm very colorblind dalam perkara ini.
03:43Lebih ramai keluarga, pelbagai kaum mempunyai asas kewangan yang kukuh dan sesuatu yang mereka miliki untuk diwariskan kepada anak-anak
03:53mereka.
03:54Kemakmuran, kemakmuran mesti diukur bukan sahaja melalui berapa banyak yang rakyat perolehi, tetapi berapa banyak yang mampu mereka miliki.
04:08Itu yang kedua.
04:10Yang ketiga, negara mesti bergerak daripada bertindak selepas krisis kepada melindungi kehidupan sebelum krisis.
04:23Kelemahan kita ialah kita wujudkan task force, kita wujudkan RCI selepas sesuatu itu berlaku.
04:30Kemakmuran yang dibina bertahun-tahun boleh terhakis apabila bencana melanda.
04:37Bekalan makanan terganggu atau ahli keluarga menghadapi permasalahan.
04:41Sebab itu, kemajuan mesti disertai keupayaan menghadapi sebarang kejutan.
04:49Baik ekonomik shock, climate shock atau external shock.
04:55Jadi bekalan seperti makanan, air, tenaga dan ubat-ubatan mesti terjamin.
05:01Infrastruktur mesti mampu menghadapi bencana serta perubahan iklim.
05:05Akhirnya yang keempat, Malaysia mesti berwibawa di dalam dan berpengaruh di luar.
05:13Ini sangat dekat di hati saya.
05:16Di dalam negara, kewibawaan mesti dibina melalui undang-undang yang adil.
05:24Institusi yang diyakini dan kepimpinan yang menunaikan amanah dan janji.
05:31Terima kasih.

Recommended