00:00...memaksa kita bertindak.
00:02Sebuah negara bukan hanya sekadar menjawab masalah hari ini,
00:07tetapi juga mempertimbangkan serta mempersoalkan persediaan hari esok dan masa hadapan.
00:15Kita mesti berani memandang ke hadapan untuk merangka sebuah itiar
00:19masa depan yang melampaui satu penggal pentadbiran,
00:24satu kitaran ekonomi mahupun satu generasi.
00:28Misalnya, dalam video yang dipertontonkan tadi,
00:32mulai tahun lepas, saya mula melontarkan imajinasi dan harapan tentang negara kita.
00:40Tentang Selangor yang akan berusia 100 tahun.
00:44Kalau dihitung detik tahun ini, bermakna kita hanya berbaki 31 tahun.
00:50Tahun lepas 32 tahun.
00:54Bermakna, dalam 3 kali kitaran 10 tahun,
00:59usia Malaysia dan negeri ini akan mencecah ataupun akan mencapai usia 100 tahun.
01:06Tetapi pada hari ini, kita kena menebak atau menetapkan dengan tepat,
01:10apakah persoalan-persoalan yang harus kita jawab,
01:14apakah isu-isu yang harus kita tangani dan kita genggam bersama-sama,
01:19agar imajinasi 100 tahun kita itu tidak lahir menjadi satu imajinasi yang menakutkan.
01:27Apatah lagi akan menjadikan kita berpecah.
01:31Apatah lagi akan menjadikan kita sebuah hanya dalam lipatan sejarah.
01:36Saudara-saudari, persoalan yang harus kita tuntaskan dalam merangka usia 100 tahun
01:44adalah pembinaan bangsa yang yakin dan berbelas ihsan.
01:50Tugas pertama kita ialah membina sebuah bangsa yang yakin.
01:54Keyakinan sebuah negara tidak lahir dengan sekadar laungan dan gema suara yang besar dan kuat.
02:01Tetapi bagaimana kita lahir apabila rakyat tahu siapa mereka.
02:11Memahami sejarahnya dengan jujur dan tidak terasa terancam hanya kerana jiran
02:17ataupun suara-suara yang berbeza maupun perbezaan itu dilihat
02:22daripada konteks agama, kaum, adat dan keturunan.
02:27Negara bangsa sentiasa dibina dan diperbaharui.
02:32Setiap generasi akan menemui tentangan dan cabaran baru.
02:36Di antara tentangan yang harus kita hadapi sedaya upaya kita
02:39adalah mengatasi kecurigaan, curiga-mencurigai dan prasangka yang lahir di antara kita.
02:48Ini cabaran kita.
02:49Membentuk sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu.
02:55Mengekalkan identiti dan kekuatan kita.
02:58Memahami perbedaan di antara kita.
03:01Menghormati perbedaan di antara kita.
03:04Dengan itulah kita akan yakin dengan diri kita.
03:08Marilah kita berfikir.
03:10Kita tidak boleh membiarkan diri kita.
03:12Suka ataupun tidak, 100 tahun Malaysia dan juga selangor akan sampai.
03:18Suka ataupun tidak, 31 tahun nanti kita akan cecah juga di usia 100 tahun.
03:25Hari ini kita kena bertanggungjawab tentang masa depan kita.
03:30Bukan hanya bicara lampau.
03:31Bukan hanya selesai esok nak makan apa.
03:34Esok nak buat rumah di mana.
03:36Tetapi kita kena fikirkan bagaimana kita di usia 100 tahun.
03:40Dan tahun lepas kita dah mulakan laungannya.
03:43Hari ini saya gariskan beberapa cabaran dan persoalannya.
03:46InsyaAllah kita akan rangka dan rangka dan kraf bersama-sama.
03:51Lukiskan bersama-sama untuk Malaysia di usia 100 tahun yang bermakna.
03:56Selangor yang terus kuat dan bermakna.
03:59Di tahun 100 tahun usianya.
04:03Rakyatnya yang masih mengekalkan ciri dan kebudayaannya yang kuat.
04:08Malahan kalau saya sebutkan tadi, kita boleh menjadi model dan contoh dunia dengan syarat kita berjaya tangani cabaran-cabaran yang
04:20saya sebutkan tadi.
04:20Terima kasih.
04:21Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Comments