Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Kerajaan Thailand mencadangkan levi 450 baht ke atas pelancong yang tiba melalui udara bagi menampung kos penyelenggaraan dan perlindungan insurans.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Thailand mencadangkan bayaran 450 baht bagi pelancong asing yang memasuki negara itu melalui udara dan bayaran itu akan menyumbang
00:09kepada kos penyelenggaraan destinasi pelancongan dan menyediakan pelindungan insurans untuk pelancong sekaligus, mengurangkan pergantungan pada dana awam.
00:21Menteri Pelancongan dan Sukan, Surasak Pancaroin Warakul berkata, lebih 22 juta pelancong asing melawat Thailand sekaligus menjana pendapatan lebih 1
00:32triliun baht sejak Januari hingga September.
00:35Beliau berkata, bayaran yang dicadangkan itu tidak melibatkan darat dan laut.
00:41Surasak berkata, sebahagian daripada hasil itu akan membiayai insurans meliputi kematian dan perbelanjaan perubatan.
00:48Bagi pelancong yang membayar yuran tersebut tertakluk pada syarat dasar.
00:54Manakala selebihnya akan disalurkan kepada dana untuk promosi pelancongan Thailand.
00:59Kementerian itu akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan, Biro Imigresen untuk memutamatkan mekanisme kutipan, pengecualian dan pengaturan insurans sebelum menyerahkan draf
01:10pengumuman kepada lembaga dasar pelancongan negara serta kabinet.
01:14Sementara itu, media Thailand melaporkan, Kementerian Keuangan sedang mempertimbangkan cukai berlepas sebanyak 1,000 baht bagi setiap pelepasan melalui udara
01:23tanpa mengira kewarganegaraan.
01:26Di bawah draf perundangan yang kini dibuka untuk perundingan awam, cukai itu akan mengenakan kadar siling berkanun sebanyak 5,000
01:33baht setiap pelepasan, manakala pelepasan darat dan laut dikecualikan.

Recommended