Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Kualiti udara Singapura merosot ke tahap sangat tidak sihat apabila bacaan AQI mencecah 211, sekali gus mengatasi Kuala Lumpur sebagai bandar utama paling tercemar di dunia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Singapura pada Rabu mencatatkan bacaan indeks kualiti udara AQI sangat tidak sihat sekaligus mengatasi Kuala Lumpur dan beberapa negeri
00:09di semenanjung Malaysia.
00:11Menurut laman web AQI setakat petang Rabu, Singapura berada di tangga teratas dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara dengan
00:20bacaan 211.
00:22Situasi itu turut meletakkan Singapura sebagai bandar tercemar di dunia menurut AQI.
00:29Bacaan itu menunjukkan kemerosotan ketara berbanding 166 sebelum itu ketika Singapura berada di kedudukan kelima.
00:38Kuala Lumpur pula turun ke tangga kedua dengan bacaan AQI 194 berbanding 211 sebelum ini.
00:46Bacaan 194 masih berada dalam kategori tidak sihat.
00:50Sekaligus menunjukkan perubahan kedudukan tidak bermakna kualiti udara bertambah baik secara ketara.
00:57Perubahan bacaan boleh dipengaruhi corak angin, keadaan cuaca serta pergerakan dan kepekatan partikel mencemar di udara.
01:06Beberapa bandar di Asia Tenggara turut berada pada kedudukan tinggi termasuk kucing di tangga ke-8 dengan bacaan 151.
01:14Keadaan itu berlaku ketika rantau ini berdepan jerebu rentas sempadan dengan kebakaran dan pembakaran pertanian antara faktor menyumbang kepada pencemaran
01:24udara.

Recommended