00:00Ketika Raja Bahrain telah pun bersetuju untuk menyerahkan ataupun mengadakan F1 Bahrain di Malaysia, kemudian ada perbincangan yang panjang bersama
00:11dengan FIA, FIA dan juga F1 Management berkaitan dengan penganjuran F1 di Malaysia.
00:18Dan kemudian perkara ini berterusan dan berlanjutan dan sehingga ke hari pada hari Ahad yang lepas sebelum Yang Amat Berhormat
00:28Perdana Menteri turun untuk bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan, ada perbincangan bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga
00:38CEO F1 Stefano yang turut juga dihadiri oleh saya Tan Sri KSN dan juga wakil daripada F1 untuk berbincang berkaitan
00:46dengan perkara tersebut.
00:47Dan sudah pasti kita amat mengharapkan jika F1 ini dapat kembali semula ke Malaysia kerana limpahan ekonomi ataupun spillover ekonomi
00:58positif itu sangat baik.
01:00Ia bukan hanya satu penganjuran, tiga hari penganjuran tetapi bagaimana ekonomi rakyat tempatan sebagai contoh, peniaga-peniaga diberikan ruang melalui
01:11Kementerian Kuskop diberikan ruang niaga secara percuma.
01:15Dan kemudian hotel, penginapan dan juga turizm ataupun pelancongan Malaysia juga dapat lebih meningkat lagi dan sebagainya.
01:25Tetapi apapun itu, perbincangan itu masih berjalan kerana kita perlu juga melihat selain daripada limpahan ekonomi, impak positif dan juga
01:36semangat untuk rakyat Malaysia,
01:39kita juga perlu lihat implikasinya dari segi kewangan, dari segi ROI dan sebagainya.
01:46Dan kita sedang menilai kadar keberkesanan dan keboleh laksanaan tersebut di dalam satu jawatan kuasa.
01:55dan pada Disember ini, insyaAllah kita akan bentangkan kadar keboleh laksanaan F1 itu dan insyaAllah saya juga akan update di
02:04dalam mesyuarat Jemaah Menteri untuk tindakan seterusnya.