Skip to playerSkip to main content
Sekolah yang menjadi lokasi kes kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di Yong Peng, Johor, mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), namun kemudahan itu tidak dipasang di tempat kejadian berlaku.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan segera termasuk menambah baik sistem CCTV sedia ada serta memastikan peralatan yang rosak diperbaiki bagi meningkatkan aspek keselamatan di sekolah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799026/berita/semasa/kes-bunuh-irene-sofiya-sekolah-ada-cctv-tetapi-tidak-dipasang-di-lokasi-kejadian---fadhlina

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangmedia #FadhlinaSidek #KPM #kesIreneSofiya #justiceforIreneSofiya

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekolah itu ada CCTV, cuma CCTV itu tidak dipasang di tempat kejadian jenayah itu berlaku.
00:10Jadi kita sedang tambah baik, kita ambil tindakan terus.
00:13Sebab itu saya kata selain daripada fasa-fasa itu, mana-mana sekolah yang telah pun punya CCTV
00:17dan CCTV tidak berfungsi atau perusahaan, sila maklumkan kepada kita untuk kita sama-sama tambah baik
00:23dan ambil tindakan terhadap fungsi CCTV itu agar ia berfungsi untuk merakam dan merekodkan kejadian-kejadian di sekolah.
00:33Bagi Irene Sofia, tanggungjawab kita sekarang jelas.
00:41Kebenaran mesti dirungkai dan keadilan mesti ditegakkan.
00:47Justice for Irene Sofia.

Recommended