Skip to playerSkip to main content
  • 19 minutes ago
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla mengingatkan pemandu mendapatkan insurans yang meliputi tuntutan pihak ketiga dan kerosakan bencana, selain mengelak perjalanan malam di tiga wilayah selatan Thailand.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Rakyat Malaysia yang memandu kenderaan sendiri ke Thailand dinasihatkan mendapatkan pelindungan insurans mencukupi termasuk yang meliputi pampasan pihak ketiga sekiranya
00:09berlaku kemalangan jalan raya di negara itu.
00:12Konsul General Malaysia di Songtra, Ahmad Fahmi Ahmad Serkawi berkata pelindungan itu penting terutama jika kemalangan didapati berpunca daripada pemandu
00:20warga Malaysia sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian yang boleh melibatkan tuntutan pampasan dalam jumlah besar.
00:27Ahmad Fahmi berkata pihaknya mendapati terdapat kes membabitkan pemandu Malaysia yang mengalami kesukaran menyediakan wang mencukupi untuk membayar pampasan kepada
00:35mangsa kemalangan di Thailand kerana pelindungan insurans dimiliki hanya meliputi kos rawatan di hospital.
00:41Selain itu, beliau menasihati rakyat Malaysia yang berkunjung ke Thailand supaya mendapatkan pelindungan insurans yang turut meliputi kerusakan kenderaan akibat
00:49bencana.
00:49Dalam pada itu, Ahmad Fahmi berkata rakyat Malaysia tidak digalakkan melakukan perjalanan pada waktu malam terutama di kawasan berisiko seperti
00:57Patani, Yala dan Naratiwat, susulan beberapa insiden di tiga wilayah bergolak di selatan Thailand berkenaan.
01:03Beliau turut menyarankan mereka menggunakan aplikasi Apple Maps atau Google Maps bagi perjalanan ke destinasi di selatan Thailand kerana dianggap
01:12lebih selamat berbanding wis yang berkemungkinan mencadangkan laluan pintas melalui kawasan kampung atau berbukit.

Recommended