Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kategori individu tidak aktif turut merangkumi mereka yang telah mempunyai fail cukai tetapi belum bekerja atau belum memperoleh pendapatan yang melayakkan mereka dikenakan cukai.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lembaga hasil dalam negeri LHDN merekodkan 7.6 juta fail cukai individu aktif dan 620,000 fail cukai syarikat aktif
00:10setakat 31 Agas 2026.
00:13Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil dalam negeri Malaysia LHDN, Datuk Dr. Abu Tarikh Jamaluddin berkata,
00:19fail cukai aktif merujuk kepada pembayar cukai yang mempunyai aktiviti berkaitan percukaian termasuk mengemukakan borang nyata cukai pendapatan serta memenuhi
00:30kewajipan percukaian masing-masing.
00:35Mengulas jumlah keseluruhan fail cukai yang direkodkan dalam sistem LHDN, beliau berkata angka itu jauh lebih tinggi berikutan pelaksanaan pendaftaran
00:45nombor pengenalan cukai atau TIN kepada semua individu berusia 18 tahun ke atas.
00:51Total yang tak aktif dengan aktif. Kalau awak tengok total, kita memang sebab kita dah berubah untuk mendaftarkan semua yang
01:0318 tahun ke atas kan.
01:06Jadi semua rakyat Malaysia yang 18 tahun ke atas, dia ada fail cukai. Jadi dia mungkin belum bertugas dan bekerja.
01:13Jadi dia ada fail cukai itu.
01:14Itu kategori yang tidak aktif lah. Itu sebab kita punya senarai pembayar cukai itu tinggi jugalah hampir 30 kalau itu
01:23senarai ni hampir 32 juta lah.
01:26Sebab rakyat Malaysia kan ramai. Jadi mereka-mereka yang belum membayar cukai pun dia ada fail. Kalau dia dah above
01:3518, dia ada fail cukai. Semua ada TIN nombor.
01:38Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sempena majlis peluncuran bulan hasil 2026 di Putrajaya pada Khamis.

Recommended