Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan beliau mahu KLIA bebas daripada kegiatan 'ulat warga asing' dan tidak mahu KLIA jadi seperti Selayang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Saya tak nak KLIA jadi macam selayang.
00:04Saya tak mahu membiarkannya hingga jadi macam selayang.
00:12Itu penegasan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, AKPS,
00:18Datuk Seri Muhammad Syuhaili Muhammad Zin, yang mahu lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA
00:24bebas daripada kegiatan ulat warga asing.
00:27Beliau berkata penubuhan AKPS bukan sekadar memenuhi syarat.
00:32Sebaliknya agensi itu diberikan amanah dengan objektif yang jelas untuk menjamin keselamatan
00:38serta membantras elemen jenayah di pintu masuk negara.
00:43Kalau tak ada, saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
00:49kepada semua yang menyokong saya secara terbuka
00:56di media sosial, juga ada juga personal yang tag saya dan sebagainya
01:02untuk meneruskan apa juga usaha untuk memperbaiki keselamatan pintu masuk negara.
01:09Saya amat-amat menghargainya dan itulah semangat saya pegang
01:13untuk saya terus berusaha untuk mengubah prasarana ataupun
01:18mempanggil keselamatan di pintu masuk negara.
01:21Saya tak nak KLIA jadi macam selayang.
01:25Saya tak mahu membiarkannya hingga jadi macam selayang.
01:30So itu saya rasa cukup jelas, inisiatif dan motivasi kamilah di AKPS ini.
01:36Kerajaan menubuhkan kami ini ada sebab.
01:40Bukan sahaja suka-suka nak tubuh, nak gabung enam agensi
01:43hanya sebagai orang panggil make up.
01:49Muhammad Syuhaili berkata usaha memperkukuh keselamatan di pintu masuk negara
01:54akan terus diberi perhatian selaras dengan tanggungjawab yang diberikan kepada AKPS.
01:58Beliau turut menegaskan AKPS mempunyai peranan penting dalam memastikan
02:04pintu masuk negara tidak menjadi ruang kepada kegiatan yang boleh menjejaskan
02:08keselamatan dan ketenteraan awam.

Recommended