00:00Timbalan Pesuruh Jaya Polis, Saiful Lizan Ishak dilantik memangku jawatan Pesuruh Jaya Polis Sarawak berkuat kuasa Khamis menggantikan Dato' Muhammad
00:08Zainal Abdullah yang dilantik sebagai pengarah pengurusan di Bukit Aman.
00:13Saiful Lizan mempunyai pengalaman lebih tiga dekad dalam PDRM meliputi bidang keselamatan negara, rusikan, siasatan jenayah, integriti, perancangan strategik serta
00:24pentadbiran kanan polis.
00:30Tuan Syakul Lizan Ishak dan Yorba Agia, Tuan Faisya Ishak. Saya menaruh percayaan yang tinggi di atas perhentikan ini, berbekalkan
00:42pengalaman yang luas sebagai pemimpin di peringkat negeri sebelum ini,
00:47saya amat yakin bahawa Tuan Syakul Lizan mampu menguruskan momentum kecemerangan serta meningkatkan lagi kualiti penyampaian.
00:56Perkhidmatan pasukan bagi dunia, ekspertasi masyarakat yang semakin tinggi dari masa tersemasa.
01:05Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid menzahirkan keyakinan serta kepercayaan penuh terhadap kemampuan Saiful Lizan untuk
01:14menerajui kontingen Sarawak.
01:16Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis serah terima tugas Jawatan Pemangku Pusuruh Jaya Polis Sarawak dan Pemangku Pengurusi Perkep
01:24Kontingen Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontingen Sarawak, Kuching, pada Khamis.
01:29Saiful Lizan sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Integriti PDRM dari 2021 hingga 2025.
01:38Selain pernah menerajui cawangan khas sebagai Ketua Penolong Pengarah dari 2020 hingga 2021.
01:45Selain itu, beliau turut berkhidmat sebagai pegawai berhubungan keselamatan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dari 2018 hingga 2020
01:55serta mempunyai pengalaman sebagai pegawai siasatan dan interogasi PDRM sejak 1995.
02:02Dari aspek akademik, beliau memiliki Sarjana Sains Sosial Sains Kepolisan dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM pada 2015
02:12serta diploma Sains Penyiasatan dari Universiti Malaya UM pada 2008.
Comments