00:00Bekas Menteri Sumber Manusia M. Saravanan mengkritik penjelasan Suruhanjaya Penjagaan Rasuah Malaysia atau SPRM
00:08berhubung kehadiran anak lelakinya yang berusia 12 tahun di ibu pejabat agensi itu pada Isnin sebagai sama sekali tidak masuk
00:17akal.
00:18Beliau berkata bagi sebuah agensi yang mempunyai kuasa siasatan yang luas,
00:22kegagalan menggunakan budi bicara asas dan pertimbangan wajah terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun amat dikesali.
00:31Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Abdul Halim Aman berkata agensi itu telah menggunakan budi bicara
00:37dan mempertimbangkan perkara munasabah dalam memutuskan untuk tidak menyerahkan notis pengisytiharan harta kepada anak Saravanan.
00:46Namun, Saravanan mempersoalkan mengapa SPRM tidak menggunakan budi bicara itu lebih awal,
00:53sebaliknya mewajibkan serahan notis undang-undang secara fizikal kepada seorang kanak-kanak
00:59yang menurutnya melangkaui batas penguatkuasaan munasabah.
01:03Beliau sebelum ini turut mengkritik SPRM sebelum hadir ke ibu pejabat itu bersama keluarganya pada Isnin.
01:10Sambil menegaskan notis pengisytiharan harta yang dikatakan hendak diserahkan kepada anaknya,
01:15boleh disampaikan menerusi beliau sebagai bapa.