Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 5.04 pagi yang memaklumkan seorang lelaki telah menceroboh sebuah kediaman.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Cemburu dipercayai jadi motif serangan terhadap dua beradik oleh seorang lelaki warga asing di Taman Sri Bintang, Kepung, awal pagi
00:09Selasa.
00:09Ketua Polis Daerah Sentul, Isipia Anwar Bakri Abdul Salam berkata,
00:13siasatan awal mendapati suspek dipercayai menyerang seorang daripada mangsa selepas wanita itu dikatakan kembali berhubung dengan bekas teman lelakinya.
00:23Polis menerima panggilan Mars 9.99 daripada orang awam pada jam 5.04 pagi yang memaklumkan seorang lelaki telah menceroboh
00:31sebuah kediaman.
00:33Setibanya di lokasi, polis menemukan kesan kebakaran di bahagian luar rumah sebelum menemui dua beradik berkenaan dalam keadaan cedera dan
00:41bersembunyi di bilik air di tingkat bawah.
00:43Pemeriksaan di tingkat atas kemudian menemukan suspek berada di dalam sebuah bilik sambil memegang sebilah pisau.
00:50Suspek berjaya ditahan manakala pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu turut dirampas.
00:56Kedua-dua mangsa yang merupakan warga tempatan serta suspek yang turut mengalami kecederaan akibat tikaman dibawa ke Hospital Kuala Lumpur
01:04untuk mendapatkan rawatan.
01:06Kes disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan manakala orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi bilik gerakan
01:16IP di Sentul atau mana-mana balai polis berhampiran.
01:20Terima kasih telah menonton!

Recommended