00:00Sosial seorang penjawat awam dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Kota Kinabalu pada
00:08Isnin atas tiga petuduhan masing-masing berkaitan rasuah berjumlah RM18,000 bagi memudahkan operasi pelombongan emas di Sabah.
00:17Robert Robin Milib 60 tahun yang ketika kejadian merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Galian di Jabatan Tanah dan Ukur Negeri
00:24Sabah didakwa menerima suapan berjumlah RM18,000 daripada Chong Zouken.
00:3069 tahun.
00:33Manakala Zouken didakwa memberikan suapan berupa pinjaman tunai RM10,000 kepada Robert sekitar April 2024 di sebuah restoran di Taman
00:42Fortuna di Kota Kinabalu sebagai upah bagi memudahkan pengoperasian pelombongan emas.
00:49Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Zouken didakwa memberikan pinjaman tunai masing-masing RM3,000 sekitar Oktober 2024 dan RM5,000
00:58sekitar Oktober 2025 bagi tujuan sama.
01:02Kesemua pertuduhan itu mengikut Seksyen 17 kurungan B Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah
01:11Seksyen 24 kurungan 1 Akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah
01:20atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
01:26Sementara itu, Robert didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suapan berupa pinjaman tunai RM10,000, RM3,000 dan RM5,000
01:34daripada Zouken.
01:36Pertuduhan terhadap Robert dibuat mengikut Seksyen 17 kurungan A Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 kurungan
01:451 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai
01:53suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
01:57Hakim Andi Razali Jaya A Dadi membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan dua penjamin tempatan
02:06serta memerintahkan mereka melapor diri di pejabat SPRM serta menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
02:13Mahkamah menetapkan 27 Oktober ini untuk pengurusan kes manakala perbicaraan dijadualkan pada 11 hingga 13 Januari 2027.