Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah dibawa terus ke Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah bagi urusan pengurusan jenazah dan memberi ruang penghormatan terakhir sebelum disolatkan. Masjid tersebut mula dipenuhi oleh orang ramai yang hadir dengan pakaian rasmi gelap bagi menyatakan takziah mereka, sebelum jenazah dijadualkan dibawa ke tempat persemadian terakhir di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya selepas solat Asar.
Transcript
00:00Ini juga visual secara langsung difahamkan jenazah selesai doa dan sedang digerakkan ke Masjid Al-Sharif untuk disempurnakan dan untuk
00:11disembahyangkan sebelum dikebumikan insyaAllah selepas sualat asar.
00:15Kelihatan di situ Dato' Sri Mukris, Tuan Sri Muzani mengetuai kumpulan yang mengangkat jenazah untuk masuk ke kenderaan untuk dibawa
00:25ke Masjid Al-Sharif.
00:41Dato' Sri Asma sudah tentu adalah individu yang cukup banyak menyembang jasa dan bakti kepada negara
00:50dan bukan sahaja menggunakan kerudukan beliau dan pengaruh dan juga suara beliau sebagai isteri kepada Perdana Menteri
00:58tetapi atas legasinya sendiri menggunakan suara dan pengaruh beliau untuk membantu golongan yang memerlukan.
01:07Ramai antara kita yang tahu beliau adalah figura dan sosok yang dalam masa Inggerisnya pioneering
01:12antara individu antara wanita Melayu pertama yang menjadi doktor golongan profesional di negara kita pada tahun 1950-an
01:24pada satu tempoh di mana agak sukar untuk seorang wanita, untuk orang Melayu, apalagi seorang wanita pada ketika itu
01:30untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut atau untuk mencapai ketinggian yang berjaya dicapai oleh beliau.
01:39Dan beliau merupakan satu-satunya wanita Melayu dalam kohot perubatan di King Edward College di Singapura
01:47dan pada tahun 1965 menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai pegawai perubatan di Jabatan Kesihatan Ibu dan Anak di Kedah
01:54dan kurang sedekat kemudian dinamakan sebagai pegawai kesihatan ibu dan anak di negeri Kedah
02:00dan memfokuskan keria beliau kepada penjagaan kesihatan di kawasan pendalaman.
02:06Malah selepas bersara dari kerajaan pada 1979, beliau menjadi pencarah separuh masa di Universiti Melayu
02:12untuk terus menyumbang bakti kepada rakyat Malaysia dalam apa saja kapasiti yang beliau mampu untuk lakukan.
02:19Sudah tentu negara kehilangan satu sosok yang amat prominent, amat berpengaruh dalam sejarah negara.
02:26Satu-satunya individu yang melihat kebanyakan sejarah modern Malaysia sebelum kemerdekaan,
02:32sewaktu kemerdekaan, hari-hari awal dan tahun-tahun awal Malaysia dibangunkan
02:38sehinggalah menjadi negara yang kita ketahui dan kita kenal pada hari ini.
02:43Dan setiap beliau berada di sisi, di samping, bukan sahaja suaminya Tuan Dr. Mahathir Muhammad
02:48tetapi keseluruhan rakyat-rakyat Malaysia untuk menyumbang apa yang boleh
02:51untuk terus membangunkan negara kita.
02:55Perginya seorang figura yang sangat prominent, perginya seorang ibu
03:01kepada keseluruhan rakyat Malaysia.
03:05Ini adalah visual lansi yang anda lihat.
03:08Van Janazah sudah bergerak, difahamkan ke masjid.
03:12Masjid Al-Sharif di Seri Kembangan Selangor untuk disempurnakan.

Recommended