00:00Sejumlah 101.66 juta panggilan penipuan atau spoof call disekat antara Februari hingga Ogos lalu menerusi inisiatif baru Suruhanjaya Komunikasi
00:11dan Multimedia Malaysia MCMC bersama syarikat telekomunikasi tempatan.
00:16Timbalan Menteri Komunikasi Teo Ni Ching berkata pelaksanaan interoperator spoofing gateway yang mulia digunapakai awal tahun ini terbukti berkesan apabila
00:25tren panggilan penipuan mencatatkan penurunan mendadak pada Julai dan Ogos.
00:32Beliau berkata inisiatif itu hasil kolaborasi antara syarikat telekomunikasi di negara ini yang berfungsi untuk mengesahkan kesahihan nombor telefon pemanggil
00:41secara langsung bagi menyekat panggilan penipuan.
00:44Katanya sistem itu berfungsi mengesan kegiatan skamer di luar negara yang menggunakan teknologi spoofing iaitu memasukkan nombor telefon supaya kelihatan
00:53seperti menerima panggilan daripada nombor berdaftar tempatan.
00:57Melalui inisiatif itu syarikat telekomunikasi berkongsi maklumat bagi menyemak status sebenar pemilik nombor telefon berkenaan sama ada berada di luar
01:05negara ataupun tidak.
01:07Sekiranya tidak, panggilan itu disahkan sebagai spoof call dan disekat serta merta.
01:12Beliau berkata demikian pada program Tonton Wayang bersama Ahli Parlimen Kulai di sebuah pusat beli belah pada ahad.
01:19Berdasarkan pecahan bulanan, 28.92 juta panggilan disekat pada Februari.
01:24Diikuti Mac 19.51 juta, April 17.12 juta, Mei 20.91 juta dan Jun 13.11 juta.
01:34Memasuki bulan Julai dan Ogos, jumlah penyekatan menunjukkan penurunan ketara kepada hanya sekitar 2.4 juta panggilan bagi setiap bulan,
01:43membuktikan keberkesanan sistem berkenaan.
01:46Sementara itu, Ni Chin berkata MCMC akan mengadakan mesyuarat dalam talian bersama Meta pada Isnin, susulan isu akaun WhatsApp yang
01:54digodam dan disekat.
01:56Terima kasih telah menonton!