00:00Angkatan Muda Harapan AMH Negeri Sembilan meminta Menteri Besar Dato' Ismail Lasim akur titah yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan,
00:07Tuanku Muhris, Tuanku Munawir dengan mengemukakan senarai calon ahli majlis mesyuarat Kerajaan Negeri Eksko Baharu.
00:14Memetik bernama AMH Negeri Sembilan dalam kenyataan pada Khamis berkata, Menteri Besar perlu mengemukakan senarai calon Eksko Baharu untuk pertimbangan
00:24dan perkenan Tuanku menurut Perkara 38-2 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan UUTKNS 1959.
00:38Katanya tidak sepatutnya wujud lagi kekeliruan mengenai langkah yang perlu diambil. AMH Negeri Sembilan berkata kemelut ini tidak seharusnya dipanjangkan
00:47sehingga menjejaskan kestabilan pentadbiran negeri dan keyakinan rakyat.
00:52Katanya pihaknya berpandangan perkara itu bukan mengenai siapa menang atau kalah dalam pertikaian politik.
00:58Namun lebih penting ialah memastikan pentadbiran Negeri Sembilan dapat kembali berjalan secara jelas, teratur dan stabil.
01:07Ismail pada Khamis memohon pihak Perkuasa mempertimbangkan semula arahan larangan terhadap bekas Eksko yang dibatalkan lantikan mereka oleh Tuanku Muhris
01:15baru-baru ini
01:15daripada memasuki pejabat dan menjalankan semula tugas pentadbiran dengan mengambil kira keperluan urusan kerajaan negeri serta kepentingan rakyat.
01:24yang menyifatkan tindak keras.