00:00Parti Keadilan Rakyat PKR Kedah berpandangan, tiada keperluan mendesak untuk membubarkan parlimen seperti gesaan pengarah komunikasi strategik UMNO Kedah, Said
00:10Muhammad Johan Rizal, Said Unan Masyri.
00:12Pengarah komunikasi keadilan Kedah, Tunku Nasirul Abaidah berkata, kerajaan Madani ketika ini masih berfungsi dengan baik dan stabil.
00:21Selain UMNO sendiri merupakan sebahagian daripada kerajaan serta mempunyai wakil dalam Jemaah Menteri.
00:27Menurutnya, penyertaan UMNO dalam pentadbiran kerajaan turut membawa tanggungjawab kolektif terhadap keputusan dan perjalanan pentadbiran.
00:36Tegasnya lebih menghairankan.
00:39Gesaan ini bercanggah dengan pendirian Presiden UMNO sendiri yang baru sahaja menegaskan parti itu akan kekal bersama kerajaan perpaduan sehingga
00:49akhir penggal.
00:50Tunku Nasirul berkata, UMNO Kedah perlu menjelaskan sama ada pendirian berhubung pembubaran parlimen itu selari dengan pendirian Presiden UMNO dan
00:59komitmen parti terhadap kerajaan perpaduan.
01:02Beliau turut menegaskan penyertaan dalam kerajaan bukan sekadar berkaitan kedudukan dan kuasa.
01:09Sebaliknya, turut melibatkan tanggungjawab terhadap rakyat dan negara.
01:15Terima kasih.
Comments