00:00Seorang wanita rakyat Malaysia maut ketika melakukan aktiviti selam skuba di perairan Crystal Bay, Desa Sakti, Bali, Indonesia pada Rabu.
00:09Mangsa Siti Nuraini Rusidi dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.10 pagi waktu tempatan.
00:19Menurut laporan tempatan, mangsa menyertai aktiviti selaman bersama seorang juruselam, Kapten Boat, serta beberapa penyelam lain bermula jam 8 pagi.
00:27Namun keadaan kesehatannya mula menimbulkan kebimbangan apabila juruselam menyedari mangsa batuk ketika mereka tiba di lokasi selaman pertama di Mantabay.
00:37Juruselam itu dilaporkan bertanya keadaan kesehatan mangsa namun wanita itu memaklumkan masih mampu meneruskan aktiviti sehingga selaman di Mantabay selesai.
00:48Situasi dikatakan menjadi cemas selepas kumpulan itu tiba di Crystal Bay apabila mereka berdepan arus laut yang sangat kuat.
00:55Keadaan itu menyebabkan tiga penyelam dihanyutkan manakala Siti Nuraini dilaporkan meninggal dunia.
Comments