Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Malaysia secara rasmi menawarkan bantuan kepada Indonesia untuk memadam kebakaran hutan di negara itu yang menyebabkan berlaku jerebu rentas sempadan.

Hasrat itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka dalam lawatan kerja ke Jakarta selama empat hari.

Bagi mendapatkan kupasan lanjut, kita terus bersama rakan setugas Khalis Khadir yang berada di Jakarta.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia secara rasmi menawarkan bantuan kepada Indonesia untuk memadam kebakaran hutan di negara itu yang menyebabkan berlakunya jerebu rentas sempadan.
00:09Dan hasrat itu dinyatakan timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Naib Presiden Indonesia Gibran Raka Buming Raka
00:17dalam lawatan kerja ke Jakarta selama 4 hari.
00:20Jadi untuk dapatkan kupasan lanjut, kita terus saja bersama dengan rakan setugas Khalis Khadir yang berada di Jakarta.
00:26Teruskan dengan laporan Khalis.
00:30Terima kasih.
00:32Empat hari lawatan timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Jakarta ini sehingga ahad di mana kita mulakan
00:40dahulu dengan ketibaan beliau di Jakarta jam 1.15 setengah hari.
00:45Seusah itu terus saja dibawa ke Istana Wakil Presiden di Jakarta untuk melakukan kunjungan hormat bersama Naib Presiden Indonesia Gibran
00:54Raka Buming Raka.
00:55Dan disitulah suara ataupun hasrat Malaysia disampaikan kepada Gibran dengan harapan ia juga dibawa terus kepada Presiden Prabowo untuk menangani
01:04isu kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu rentas sempadan yang turut menjejaskan Malaysia.
01:13Dan dalam masa yang sama juga Malaysia berhasrat untuk menghantar sebuah pesawat bombardier CL415MP, 3 helikopter dan 52 pegawai dan
01:27anggota terdiri daripada pelbagai JSC, NADMA, TUDM, AAPB, Jabatan Pertahanan Awam dan pelbagai lagi untuk memastikan isu ini dapat segera
01:38diselesaikan.
01:39Dan ini adalah perinciannya yang dimaklumkan oleh Dato' Sri Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi dalam satu sidang media yang baru
01:46saja selesai 6.30 petang waktu tempatan atau 7.30 malam waktu Malaysia.
01:51Kita terus bawakan perincian rumusan yang kita dapat bawakan kepada anda.
01:59Kami juga bersiap jaga untuk membantu dengan 3 helikopter yang akan melakukan operasi yang sama seperti bomba dia tadi untuk
02:13membawa air ke kawasan terbakar itu.
02:15Dan kami menjadikan 52 pegawai dan anggota dari NADMA, disaster NADMA kita dan juga daripada ATMM Maritime untuk membantu bersama
02:38-sama juga dengan tentera udara diraja Malaysia.
02:42Jadi usaha ini kami tidak berhasrat untuk campur dalam hal ehwal Indonesia tetapi kami berhasrat untuk membantu supaya masalah gerbu
02:54yang datang ke Sarawak khususnya itu dapat diselesaikan dengan segera.
03:07Bukan campur tangan antara kedua-dua negara itu yang ditekankan oleh Dato' Sri Zahid Hamidi dan dalam masa sama juga
03:14penegasan dibuat oleh beliau adalah
03:15kedua-dua negara perlu saling elak mengelak daripada saling tuduh menuduh antara satu sama lain siapa punca dan paling penting
03:24apa yang dimaklukan oleh Dato' Sri Zahid Hamidi.
03:26Isu ini perlu diselesaikan secara diplomasi memandangkan Indonesia juga merupakan sahabat karib, sahabat rapat Malaysia yang sudah pun terjalin hubungan
03:34sejak lama.
03:35Dan tumpuan paling penting adalah untuk mengadakan satu langkah mitigasi ataupun pelan supaya masalah jerebu ini yang dikatakan berlaku setiap
03:44tahun, saban tahun berlaku dapat diredakan paling kurang.
03:48Setakat itu dahulu perkembangan buat masa ini esok sedang kemuncak halal H20 ke-5 di mana Dato' Sri Zahid Hamidi
03:54akan hadir sebagai panelis.
03:56dan di situ juga akan ada perkembangan mengenai ASEAN Halal Council di mana untuk memperkuatkan platform ASEAN dalam konteks industri
04:06halal untuk industri Asia Tenggara.
04:08Setakat itu dahulu, Nailah Huda.
04:10Terima kasih Khalis dan kita akan nantikan laporan lanjut. Hari-hari akan datang sepenuhi lawatan rasmi.
04:15Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended