00:00Temu kembali, orang ramai boleh memohon penukaran kad pengenalan lama mereka kepada MyCard Generasi Baru mulai hari ini membabitkan seluruh
00:08cawangan Jabatan Pendaftaran Negara JPN di seluruh negara.
00:12Menurut laman sesama rasmi JPN, mereka yang membuat permohonan di 40 cawangan terpilih yang dilengkapi kemudahan pusat cetakan boleh menerima
00:20MyCard baru pada hari yang sama.
00:23Bagi cawangan JPN yang tidak mempunyai kemudahan cetakan, MyCard Generasi Baru akan disiapkan dalam tempoh 5 hari bekerja.
00:30Selain itu, kemudahan Touch & Go tidak lagi tersedia dalam MyCard versi Baru, namun orang ramai boleh terus menggunakan perkhidmatan
00:36berkenaan menerusi aplikasi e-wallet Touch & Go atau kad Touch & Go yang berasingan.
00:41Pertukaran kad pengenalan baru juga tidak menyebabkan baki atau kelayakan sumbangan asas rahmah Sarah hilang.
00:46MyCard Baru juga masih boleh digunakan bagi bantuan atau subsidi kerajaan yang menggunakan kad itu sebagai medium pengesahan atau penebusan
00:54tertakluk kepada syarat kelayakan ditetapkan oleh agensi berkenaan.
00:57Dalam pada itu, pengeluaran kad pengenalan baru tidak mengubah nombor kad pengenalan atau maklumat peribadi yang terdapat dalam rekod MyCard
01:03lama, malak ia kekal sebagai dokumen pengenalan diri rasmi rakyat Malaysia dan boleh digunakan untuk sebarang urusan kerajaan.
01:10Bagi urusan bank atau perkhidmatan lain, pelaksanaan MyCard Baru mengambil kira keperluan sistem dan perkhidmatan yang menggunakan kad berkenaan selain
01:17proses penyesuaian akan dibuat secara berperingkat bersama pihak berkaitan.
Comments