Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Polis mengesan empat lelaki bertopeng yang disyaki menyamun sebuah kedai emas di Sungai Petani. Kerugian dianggarkan antara RM700,000 hingga RM1 juta dan siasatan sedang dijalankan.
Transcript
00:00Polis sedang mengesan empat lelaki bertopeng yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun sebuah kedai mas di sebuah pusat beli belah
00:08di Sungai Petani malam tadi.
00:09Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Assistant Commissioner Hanya Ramlan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam itu,
00:16dua suspek memasuki premis berkenaan sebelum memecahkan tiga cermin pameran menggunakan tukul dan melarikan pelbagai barang kemas.
00:25Menurutnya, dua lagi suspek dipercayai menunggu di luar premis sebelum kesemua mereka melarikan diri menaiki dua motosikal.
00:31Suspek yang masuk ke dalam kedai memecahkan cermin pameran dan mengambil barang kemas sebelum melarikan diri.
00:36Dua lagi rakan mereka menunggu kira-kira 20 meter dari premis tersebut.
00:40Anggaran kerugian yang dimaklumkan pemilik kedai adalah antara RM700,000 hingga RM1,000,000 namun jumlah sebenar masih dalam siasatan.
00:48Beliau berkata ketika kejadian terdapat dua pekerja di dalam premis berkenaan namun kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan.
00:55Menurutnya, beberapa orang awam turut cuba membantu selepas kejadian dan berjaya menemui sejumlah barang kemas yang dipercayai tercicik atau ditinggalkan
01:04suspek semasa melarikan diri sebelum menyerahkannya kepada polis.
01:07Hanian berkata polis masih menjalankan siasatan bagi mengenai pasti nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek dan kes disiasat untuk Seksyen
01:15395 dan Seksyen 397 Kanun Kesiksaan.
01:19Dalam hari itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan yang boleh membahayakan diri ketika cuba menahan penjenayah, terutama
01:25jika suspek dipercayai bersenjata.
01:27Beliau turut mengesahkan bahawa premis yang sama pernah menjadi sasaran samun pada 2024 dengan kerugian dianggarkan mencecah RM1 juta.
Comments

Recommended