Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Pembangunan pelancongan tidak seharusnya hanya berpusat di bandar. Menurut Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Seri Dr Khalid Harun, Belanjawan 2027 perlu memberi fokus yang lebih seimbang dengan memperkukuhkan infrastruktur dan produk pelancongan di luar bandar. Langkah ini bukan sahaja meningkatkan keselesaan pelancong, malah membuka peluang kepada komuniti setempat untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti pelancongan dan menikmati manfaat ekonomi yang terhasil.
Transcript
00:00Saya menyasarkan kepada Belanjawan 27 ini supaya pembangunan produk pelancongan ini mestilah seimbang.
00:09Maksudnya, to balance up. Janganlah kita tumpu kepada bandar saja, tetapi kita mesti juga
00:15menyasarkan pembangunan pertumbuhan, infrastruktur dan produk pelancongan ini pergi ke luar bandar
00:25supaya community based tourism mereka ini juga mendapat manfaat daripada produk pelancongan
00:33yang dibangunkan, yang infrastruktur yang diperbaiki dan ini memberi kemudahan, keselesaan kepada pelancong
00:42untuk datang kepada tempat-tempat itu. Jadi ini nanti mungkin community tempatan boleh terlibat sama
00:49menerima faedah.
Comments

Recommended