Skip to playerSkip to main content
  • 45 minutes ago
Turkiye, Malaysia, Pakistan, Bangladesh dan Maldives mengecam serangan dron berhampiran Makkah sambil menegaskan kepentingan melindungi keselamatan serta kesucian kota suci umat Islam itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lima negara Islam termasuk Turki, Malaysia, Pakistan, Bangladesh dan Maldives mengecam serangan drone yang menyasarkan kawasan berhampiran Mekah di Arab
00:08Saudi.
00:09Menurut Kementerian Luar Turki, Ankara mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkenaan dan menegaskan sokongan terhadap keselamatan dan kedaulatan Arab Saudi.
00:19Perdana Menteri Pakistan Syabas Syarif menyifatkan cubaan serangan itu sebagai tindakan keji dan menyeru penyelesaian secara dialog.
00:26Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menegaskan bahawa sebarang cubaan mengancam keselamatan dan kesucian Mekah adalah satu perbuatan
00:35yang tidak boleh diterima.
00:37Bangladesh turut umum solidariti bersama Arab Saudi dan menegaskan kepentingan memelihara kesucian tempat-tempat suci Islam.
00:45Presiden Maldives Muhammad Muizu pula menyifatkan ancaman terhadap Mekah sebagai satu penghinaan kepada seluruh umat Islam.
00:52Sebelum itu gabungan tentera diketuai Arab Saudi memaklumkan pertahanan udara negara itu berjaya memintas dan memusnahkan sebuah drone berhampiran Mekah.
01:02Juru cakap gabungan Turki Al-Malki berkata drone berkenaan dipintas sebelum memasuki ruang udara larangan.
01:08Bagaimanapun kumpulan huti menafikan penglibatan dalam insiden tersebut.
Comments

Recommended