Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah menasihatkan rakyat Malaysia mematuhi arahan keselamatan susulan amaran kecemasan di Makkah, Jeddah dan Taif serta mengelakkan penyebaran maklumat tidak disahkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam perkembangan berkaitan, rakyat Malaysia yang menerima amaran menerusi platform amaran awal Nasional Arab Saudi dinasihatkan supaya kekal tenang, berwaspada
00:08dan mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa negara itu.
00:12Konsulat General Malaysia di Judah turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengambil langkah keselamatan sewajarnya sebaik menerima amaran kecemasan.
00:19Konsulat General dalam nasihat keselamatan yang dimuat naik di Facebook pada Rabu menyatakan orang ramai juga dinasihatkan untuk berada di
00:26dalam pegunan jika keadaan mengizinkan, menjauhi tingkap dan kawasan terbuka, segera mencari tempat pelindungan sekiranya berada di luar, mengelakkan kawasan
00:35sesak atau yang berpotensi tidak selamat serta terus mengikuti pengumuman rasmi.
00:40Sekiranya berlaku kecemasan, mereka boleh menghubungi talian 911 bagi wilayah Mekah dan Madinah atau 998 bagi kawasan lain di Arab
00:48Saudi.
00:48Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsulat kecemasan boleh menghubungi konsulat general di talian 966-57309-9589.
00:59Komuniti Malaysia dinasihatkan supaya tidak panik atau menyebabkan maklumat yang tidak disahkan.
01:04Arab Saudi pada selasa mengeluarkan amaran kecemasan mengenai potensi bahaya di Judah, Mekah dan Taif menerusi platform amaran awal nasional
01:12bagi kecemasan, susulan ketegangan yang meningkat dengan kumpulan huti.
01:15Sistem pertahanan udara Arab Saudi memintas dan memusnahkan sebuah drone yang dilancarkan kumpulan huti berhampiran Mekah pada selasa, menurut laporan
01:23media antarbangsa.
Comments

Recommended