00:00Pasaran pemeriksaan kenderaan bagi urusan pertukaran hak milik kini dibuka kepada lebih banyak pemain industri tanpa had jumlah pengendali.
00:09Namun, Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada istilah berkata persaingan bukan melalui harga, sebaliknya berdasarkan kualiti, ketelusan dan kecekapan perkhidmatan.
00:21Kementerian Pengangkutan juga tidak menghadkan bilangan pengendali Pusat Pemeriksaan Kederaan Moto PPKM bagi pemeriksaan MV15.
00:29Mana-mana syarikat yang memenuhi syarat pelesenan dan keperluan peralatan dialu-alukan memohon lesen untuk menyediakan perkhidmatan itu.
00:37Langkah berkenaan susulan peralihan daripada sistem konsesi pemain tunggal kepada pelesenan pelbagai pemain selepas tempoh konsesi tunggal tamat pada 31
00:46Ogos 2024.
00:47Anthony berkata, kadar bayaran pemeriksaan di semua pusat berlesen kekal diseragamkan dan dikawal kerajaan.
00:54Justeru, pengendali tidak boleh bersaing melalui harga, sebaliknya perlu menawarkan perkhidmatan lebih cekap, telus dan berkualiti.
01:01Pusat itu menjadi pusat pemeriksaan MV15 pertama dikendalikan institusi latihan TVAT Automotive dengan urusan janji temu dan penghantaran keputusan pemeriksaan
01:12dilakukan secara digital.
01:13Model berkenaan turut memberikan pelajar pengalaman operasi sebenar selain menyokong penyediaan tenaga mahir untuk industri automotif.
Comments