00:00Pengurangan jumlah penerima bantuan seperti sumbangan tunai rahmah STR dan sumbangan asas rahmah SARA pada masa depan apabila taraf hidup
00:08rakyat meningkat dan lebih ramai mampu berdikari menurut Ketua Ekonomi Bank Mu'amalat Malaysia Berhad, Muhammad Afzal Nizam Abdul Rashid.
00:17Pengurangan penerima bukan disebabkan kerajaan mengecilkan peruntukan. Sebaliknya hasil mobiliti sosial yang lebih baik apabila rakyat memperoleh pekerjaan bergaji lebih
00:28tinggi, peluang perniagaan yang lebih luas dan kehidupan yang lebih stabil.
00:36Kita harapkan adalah penerima bantuan seperti STR dan SARA ini at some point pada masa akan datang jumlah penerimanya itu
00:47akan berkurang.
00:48Dasar-dasar seperti dasar pendidikan, dasar kesihatan, projek-projek infrastruktur, dasar berkenaan keusahawanan, dasar berkenaan industri telah berjaya membuka peluang
00:58kepada peningkatan tempatan, telah berjaya membuka peluang pekerjaan yang bergaji, bermaruah dan sebagainya itu yang memungkinkan suatu bentuk peningkatan taraf
01:09hidup itu boleh berlaku.
01:11Muhammad Afzan Nizam menjelaskan apabila ekosistem ekonomi mampu menghasilkan peluang seperti ini, kebergantungan terhadap bantuan tunai boleh dikurangkan secara berperingkat
01:21kerana lebih ramai rakyat mempunyai keupayaan untuk berdikari.
01:25Bagaimanapun, perubahan tersebut tidak boleh berlaku dalam tempoh singkat dan memerlukan pendekatan yang realistik serta konsisten.
01:33Kerajaan pada masa sama mengibangi keperluan jangka pendek rakyat dengan matlamat jangka panjang untuk meningkatkan taraf hidup.
01:39Sehubungan dengan itu, cabaran utama menjelang Belanjawan 2027 bukan sekadar menentukan berapa banyak bantuan perlu disediakan tetapi memastikan setiap perbelanjaan
01:49kerajaan akhirnya membina keupayaan rakyat untuk meningkatkan pendapatan dan keluar daripada kebergantungan terhadap bantuan.
Comments