00:00Bintulu Port Holdings Berhad BPHB memaklumkan pelabuhan Bintulu secara rasmi menjadi pelabuhan negeri iaitu di bawah bidang kuasa Kerajaan Sarawak.
00:10Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, peralihan yang berkuat kuasa 1 September adalah susulan pengubalan dua akta,
00:18iaitu Akta Pengisytiharan Kawasan di Daerah Bintulu sebagai Pelabuhan Persekutuan Pemansuhan 2024 Akta 858 dan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu Pembubaran
00:292024 Akta 859.
00:34Tambah BPHB operasi, pengurusan dan pembangunan pelabuhan Bintulu oleh BPSB adalah tertakluk kepada terma-terma utama perjanjian bertarikh 27 Julai
00:442026
00:44yang dimenterai Atrakerajaan Sarawak, Lembaga Pelabuhan Bintulu Sarawak, BPA Sarawak dan BPSB
00:51sementara menunggu pelaksanaan perjanjian konsensi operasi pelabuhan POCA.
00:56BPHB turut menjelaskan bahawa peralihan itu tidak akan menjejaskan operasi harian pelabuhan Bintulu
01:02atau perkhidmatan kepada pelanggan pengguna pelaburan dan pihak berkepentingan lain.
01:07Menurut syarikat itu lagi, BPSB kekal sebagai pegendali pelabuhan Bintulu
01:12dan semua operasi serta perkhidmatan pelabuhan akan diteruskan tanpa sebarang gangguan di bawah rangka kerja kawal selian negeri.
Comments