Skip to playerSkip to main content
UMNO-Pas kembali bersama? Ini jawapan pimpinan UMNO

UMNO memberi bayangan jelas mengenai hala tuju kerjasama politiknya apabila menyatakan tiada jalan berpatah balik kepada Pakatan Harapan (PH), sebaliknya persefahaman dengan Pas dilihat semakin mendapat perhatian.

Konsep tafaahum siyasi atau persefahaman politik ditekankan sebagai asas kerjasama tanpa menghapuskan identiti setiap parti.

Menjelang pilihan raya akan datang, formula kerjasama mungkin berbeza mengikut negeri. Namun, kehadiran pimpinan Pas dalam program UMNO serta penglibatan kedua-dua parti dalam beberapa platform dilihat sebagai perkembangan positif yang berpotensi membawa kepada kerjasama lebih erat.

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #PAU #politik #UMNO #halatujukerjasama

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kalau tanya saya to be honest, hari ni kita dah dapat jawapan yang paling jelas.
00:03There is no turn back.
00:04Tak ada alasan untuk kita kembali dengan perkataan harapan.
00:08Bak kata orang, hari tu sebelum kita masuk persedangan agung ni kita tanya-tanya ke mana hala tuju kita.
00:15But it was very clear, there is no turn back to PH.
00:18Kita akan wujudkan kolaborasi agung yang paling penting is tafahum siasi.
00:22Dia bukan tafahum siasi, tafahum siasi yang menekankan soal persafahaman politik.
00:27di mana tidak meleburkan identiti mana-mana parti.
00:30UMNO akan kekal UMNO dan Marisan Nasional.
00:32Even PAS akan kekal dengan PAS.
00:34Kalau ada parti lain pun wawasan pun akan kekal sebagai wawasan.
00:38Tapi persafahaman untuk hadapi pelan raya dan membentuk kerajaan.
00:40Sebab yang paling penting apa perkongsian yang sama kita ada.
00:44Kita berkongsi rasa yang sama untuk memastikan nasib anak bangsa, orang Melayu terus terbela.
00:49Yang paling penting UMNO punya pengalaman mentadbir negara dalam tempoh 60 tahun.
00:53Itulah yang kita akan kongsi bersama.
00:55PAS pula parti yang daripada dulu kita lihat begitu kekanan dari soal perjuangan agama.
01:01Tak dinafikan juga sudah tentu itu ada perkongsian rasa yang sama antara kita dengan PAS.
01:06Bagi saya pilihan kita adalah bergabung dengan PAS.
01:09Dia punya persefahaman dengan PAS.
01:11Kerjasama dengan PAS.
01:12Dan hari ini juga terbukti apabila pimpinan PAS datang ke sedangkan UMNO.
01:16Di pemuda pun sama, di puteri pun sama, di wanita pun sama.
01:19So bagi Saipir sudah dapat jawapan, siapa yang akan mereka tentang kepada peleraya yang akan datang?
01:25Seperti mana yang Presiden sebutkan juga bagi tadi, di setiap negeri formula-nya berbeza.
01:30Pada ketika ini kita masih lagi mendukung kerajaan perpaduan.
01:34Tetapi di Johor kita bergerak secara solo.
01:36Di Negeri Sembilan kita berkolaborasi, bekerjasama dengan PAS.
01:40Tapi menjelang hari-hari yang mendatang, itu sukar untuk digambarkan.
01:45Kerananya kita telah bekerjasama dengan semua parti di dalam bumi Malaysia ini.
01:49Dan kita lihat sekiranya pada ketika ini, kita lihat kecenderungan itu lebih kepada PAS.
01:54Tetapi kita datang dengan beberapa inisiatif ataupun beberapa tawaran yang baru.
02:00Terutamanya kita belajar daripada kesilapan muafakat nasional pada 1.0.
02:04Kita mengharapkan agar tiada orang ketiga dalam hubungan antara UMNO dan PAS ini.
02:10Politik sekarang ini dia mengalami kepelikan politik.
02:15Tidak semua tempat kita boleh letakkan formula yang sama.
02:20Tapi kalau nak bagi saya pilihan, saya rasa PH kita pernah cuba.
02:27Dan solo kita terbukti berjaya.
02:31Dan kalau katalah diberikan peluang untuk kita bersama-sama dengan parti yang lain,
02:36saya rasa kita boleh mencuba untuk bersama-sama dengan PAS.
02:40sebab mereka pun dah hadir, kita pun dah pergi ke multakah mereka.
02:43Dan saya rasa ini adalah satu perkara yang positif.
02:47Dan kita melihat ianya menjanjikan kejayaan yang besar kepada kita
02:51dan juga kelebihan kepada rakyat.
02:53Itu yang lebih penting.
Comments

Recommended